|
Pada hujung Disember tahun lalu, Indonesia, Thailand dan beberapa negara-negara lain di sekitar lautan Hindi telah dilanda bencana Tsunami, seramai 280 ribu orang menjadi mangsa, penduduk di kawasan tersebut sedang menderita kesengsaraan. Seluruh dunia mengucapkan simpati dan meneyediakan bantuan.
Kakitangan 8 bahagian jabatan ASEAN siaran radio kami termasuk bahagian siaran Laos, Vietnam, Kemboja dan lain-lain turut menyumbangkan derma kepada mangsa di kawasan dilanda bencana tsunami untuk mengucapkan simpati kepada mereka. Ramai kakitangan Jabatan ASEAN radio kami membuat sendiri lipatan kertas burung bangau yang melambangkan harapan baik dan menggantungnya di pokok.
Indonesia kali ini mengalami bencana tsunami yang paling serius, setakat ini, jumlah kematian di negara itu sudah melebihi 170 ribu orang. Pegawai bahagian siaran bahasa Indonesia baru-baru ini telah menghantar wang derma bahagian mereka kepada pegawai Kedutaan Besar Indonesia di China.
"'Seorang menderita kesengsaran, ramai orang membantunya.' Ini merupakan moral bangsa China. Kami sedaya upaya menyediakan bantuan kepada mangsa yang mengalami bencana."
Bahagian siaran bahasa Thai juga telah menghantar wang derma ke kedutaan besar Thailand di China, harapan mereka ialah "dunia ini dipenuhi kasih sayang".
Ramai penduduk di Provinsi Yunnan di bahagian barat daya China pernah melancong ke Thailand dan Indonesia, pemandangan yang indah di negara itu telah membawa kenangan yang manis kepada para pelancong China. Setelah menyaksikan kejadian bencana tsunami di negara-negara tersebut, mereka berasa sangat sedih. Encik Zhang telah menyumbangkan semua wang di sakunya. Beliau berkata, "Saya pernah melancong ke Thailand, semasa mengetahui negara itu dilanda bencana tsunami, saya berasa sangat terkejut. Saya berpendapat, kalau kita semua menyediakan bantuan, mangsa di kawasan dilanda bencana pasti boleh mengatasi kesulitan, saya berkeyakinan penuh tentang masa depan mereka."
Dalam laporan tentang bencana tsunami kali ini, terdapat sebuah gambar yang sangat mengharukan. Seorang lelaki dengan sedih memegang tangan anaknya yang mati akibat bencana tsunami. Dalam bencana tsunami kali ini, ramai ibu bapa kehilangan anak, dan ramai anak-anak menjadi yatim piat. Menjelang cuti sekolah musim sejuk di China, banyak sekolah mengadakan kegiatan menyumbangkan derma. Ramai penuntut menyumbangkan wang saku mereka. Semasa ditanya kenapa mereka sudi menyambangkan derma, seorang penuntut bernama Ai Shan berkata, "Mangsa memerlukan bantuan", ini merupakan kenyataan yang paling tulus dan ikhlas.
Seorang nenek di provinsi Guangdong menyatakan, bencana tsunami kali ini mengingatkan beliau tentang peristiwa China dilanda wabak SARS pada tahun 2003. beliau berkata, "Wabak SARS telah mengakibatkan rakyat China mengalami kesengsaraan. Kami sangat memahami perasan rakyat di kawasan yang dilanda bencana tsunami. Walaupun jumlah wang derma kami tidak banyak, tetapi kami berharap rakyat di kawasan yang dilanda bencana boleh merasai persahabatan ini.
Andika
|