Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-10 14:38:56    
China Tingkatkan Jumlah Pinjaman Wang Antarabangsa Kepada Kaum Petani Untuk Meningkatkan Taraf Hidup Mereka

CRI

Dua ribu yuan Renminbi merupakan jumlah yang kecil bagi penduduk yang menetap di dalam bandar. Akan tetapi, ini bermanfaat bagi penduduk yang miskin di kampung untuk membantu keadaan kemunduran dan memainkan peranan yang besar. Kaunti Nanzhao itu adalah amat terpencil, terbelakang dan tanpa maklumat yang moden pada masa lalu. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kaum petani tempatan dapat mengamalkan kehidupan yang lumayan. Mereka menguruskan pengangkutan kargo, hasil laut dn menanam perhutanan ekonomi dengan pinjaman wang yang berjumlah kecil dari bank. Ketua Pengarah Koperatif Kerjasama Ekonomi Encik Gou Changyuan berkata bahawa pinjaman wang yang berjumlah kecil telah dilaksanakan di Nanzhao pada tahun 1995. 4 pengkalan eksperimen dengan pinjaman wang yang jumlah kecil di seluruh negara dengan pengimportan teknologi Graneen Trust menerusi Akademi Sains Sosial China untuk mengatasi derma wang tersebut tidak dapat diserahkan dengan lancar kepada kaum petani.

Sejak pertengahan tahun 1990-an abad yang lalu, Institut Penyelidikan Pembangunan Pedesaan Akademi Sains Sosial China telah menyerahkan secara langsung wang pinjaman tersebut kepada kaum petani untuk belajar kepandaian, meningkatkan pengeluaran pertanian dan jumlah pendapatan juga bertambah banyak. Setakat ini, kadar pembayaran pinjaman wang dari kaum petani mencatat 99.99%. Puan He Yanmei berkata bahawa pinjaman wang yang jumlah kecil telah menyediakan kemudahan kepada kaum petani untuk meningkatkan pembangunan kampung. Kami berasa puas hati terhadap perkembangan ini. Kami tidak berkemampuan untuk mendapatkan pinjaman wang yang jumlah besar di pedesaan. Ini bermanfaat bagi kami untuk mendapat sejumlah kecil wang untuk membayar pinjaman wang secara beransur-ansur.

Kira-kira lebih 100 Koperatif kerjasama ekonomi pada masa ini di serata tempat China menyediakan secara langsung pinjaman wang yang jumlah kecil kepada kaum petani bagi membanteras kemunduran ekonomi di Kaunti Nanzhao itu.

Pejabat khas dari Kementerian Perdagangan China telah ditubuhkan untuk memantau dan memeriksa bantuan pinjaman wang yang jumlah kecil. Ketua Pengarah Encik Bai Dengyu berkata kami membuka internet Persatuan Pembangunan pedesaan, salah sebuah internet pentadbiran yang sangat sempurna di dalam negara. Standard pentadbiran telah ditetapkan untuk badan pinjaman wang yang jumlah kecil di 48 kaunti China.

Pinjaman wang yang jumlah kecil telah dilaksanakan dengan berjaya dan keadaan pengedaran modal yang berjaya di China dan mendapat pujian Bank Dunia, Program Pembangunan PBB dan Kumpulan Citi serta pertubuhan antarabangsa yang lain. Kebanyakan pertubuhan antarabangsa juga menyediakan lebih banyak bantuan dan sokongannnya. Pengarah Urusan Kumpulan Citi di China Puan Wei Jiaxuan berkata kami seharusnya menggalakkan kemudahan pinjaman wang yang jumlah kecil agar memainkan peranan yang besar. Kami meningkatkan secara berterusan kepandaian dan kemampuan penggunaan pinjaman wang yang jumlah kecil melalui latihan kakitangan badan pinjaman wang supaya memainkan peranan ke arah positif dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan mundur China.

Pakar isu pendesaan China berpendapat bahawa walaupun Koperatif Kredit Pedesaan China dan Bank Pertanian juga memperuntukkan pinjaman wang yang jumlah kecil kepada kaum petani, akan tetapi, perkhidmatan mereka agak rumit dan tenaga perkhidmatan tersebut tidak mencukupi permintaannya, perkhidmatan tidak sesuai di kawasan pergunungan yang terpencil. Pakar berharap lebih banyak pertubuhan antarabangsa menumpukan perhatian dan memberi sokongan terhadap projek pinjaman wang jumlah kecil China supaya mendatangkan lebih banyak kemudahan kepada kaum petani China.