Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-07 18:50:08    
Perusahaan Pengeluar kapal China akan Berkembang Pesat pada Tahun Baru

Agensi Berita Xinhua China

Seiring dengan perkembangan pesat pasaran pengeluar kapal sedunia, perusahaan pengeluar kapal China juga berkembang maju. Perusahaan Pengeluar kapal China telah menjadi perusahaan ketiga terpenting di dunia, perusahaan itu berusaha untuk menjadi perusahaan pengeluar kapal utama di dunia.

Sempena ketibaan tahun baru, kejayaan telah dimaklumkan oleh pegawai perusahaan pengeluar kapal China. Menurut maklumat itu, pada masa ini, perusahaan pengeluar kapal China telah menerima banyak pesanan. Dijangka jumlah pengeluar kapal akan melebihi 10 juta tan pada tahun ini, kuota dalam pasaran antarabangsa akan meningkat kepada kira-kira 17% daripada 15% pada tahun 2004.

Syarikat Pengeluar Kapal Waigaoqiao Shanghai Berhad digelar sebagai "Perusahaan Pengeluar kapal Utama China". Pada tahun 2004, perkembangan syarikat itu amat pesat. Jumlah kapal yang berjaya dikeluarkan dalam syarikat itu mencatat 1.745 juta tan, menduduki tempat pertama antara pelbagai syarikat pengeluar kapal China. Setakat ini, semua 12 kapal yang dikelaurkan oleh Syarikat Pengeluar kapal Waigaoqiao Shanghai dapat diserahkan lebih awal, pesanan pengeluar kapal mencatat hampir 6 juta tan.

Menurut maklumat pegawai Syarikat tersebut, syarikat itu akan dapat menyerahkan sebuah kapal purata setiap bulan pada tahun 2005, jumlah pengeluar kapal akan melebihi 1.7 juta tan pada tahun 2005. Pada masa ini, masa rancangan pengeluar kapal syarikat itu telah ditetapkan sehingga separuh tahun kedua tahun 2007, manakala terdapat banyak pesanan terus diserahkan, sehingga pegawai syarikat itu merancang menunda masa untuk menerima pesanan tersebut.

Selain Syarikat Pengeluar Kapal Waigaoqiao Shanghai, perkembangan di perusahaan pengeluar kapal China yang lain juga pesat pada tahun 2004. Jumlah pengeluar kapal Kumpulan Pengeluar Kapal Hudong-Zhonghua dan Syarikat Industri Berat Pengeluar Kapal Baru Dalian juga melebihi sejuta tan. Menurut maklumat, ini merupakan kali pertama bagi tiga perusahaan pengeluar kapal China bersama-sama mencapai kejayaan, iaitu jumlah pengeluaran kapalnya melebihi sejuta tan. Jumlah pengeluar kapal ketiga-tiga perusahaan tersebut sama dengan jumlah pengeluar seluruh negara pada tahun 2002.

Pasaran yang sempurna menyebabkan industri kapal China berkembang pesat, jumlah pengeluar kapal terus membaharui rekod sejarah kerana pegawai perusahaan tersebut meningkatkan pengurusan, mengurangkan kos dan memperpendek masa. Pengurus Besar Kumpulan Industri Pengeluar kapal China Encik Chen Xiaojin baru-baru ini di Shanghai mengumumkan, sebagai perusahaan pengeluar kapal utama China, jumlah pengeluar kapal Kumpulan Industri Pengeluar Kapal China membaharui rekod sejarah pada tahun 2004, mencatat 3.57 juta tan. Pada tahun 2005, jumlah kapal yang dirancang dikeluarkan akan mencatat 4.36 juta tan, pesanan permintaan kapal baru yang diterima oleh syarikat itu akan mencatat empat juta tan, untuk menjamin mewujudkan matlamat syarikat itu menjadi perusahaan kelima terpenting di dunia. Menurut maklumat beliau, masa rancangan pengeluar kapal kilang utama yang ditadbirkan Kumpulan Industri Pengeluar Kapal China telah ditetapkan sehingga tahun 2008 pada masa ini. Dalam tempoh lima tahun nanti, iaitu pada tahun 2010, Kumpulan itu akan berusaha untuk menjadi perusahaan pengeluar kapal ketiga terpenting yang utama di dunia pada tahun 2015 agar China menjadi negara pengeluar kapal paling banyak di dunia.

Berdasarkan statistik, pada akhir tahun 2004, jumlah pesanan kapal yang diperoleh perusahaan pengeluar kapal China menempati 17% kuota di dunia. Berdasarkan jangkaan pakar, perusahaan pengeluar kapal China akan berkembang pesat pada tahun 2005.

----Ching