|
Pembangunan urbanisasi desa sedang berkembang pesat di Bandar Chongqing, bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat di bahagian barat China. Berdasarkan jangkaan, jumlah penduduk di bandar itu akan melebihi sembilan juta orang pada tahun 2020.
Pada awal bulan Disember 2004, cadangan diterima daripada penduduk bandar Chongqing tentang "Program Rancangan Pembangunan Bandar Chongqing 2004--2020". Berdasarkan "Program" itu, keluasan kawasan utama bandar itu akan diperluas 4.5 kali ganda daripada keluasan rancangan yang ditetapkan pada tahun 1998. Sehubungan dengan itu, usaha meluaskan kawasan bandar Chongqing dipercepat.
Baru-baru ini, berdasarkan laporan yang diterbitkan di sebuah majalah yang terkenal di China, "bandar Chongqing berkembang pesat di bahagian utara". Isu itu menarik perhatian penduduk tempatan.
Bandar Chongqing dilalui oleh dua batang sungai iaitu Sungai Yangtze dan Sungai Jialing. Dataran antara kedua-dua tebing sungai itu merupakan kawasan pusat bandar. Kawasan bandar di utara Sungai Jialing mula dibangunkan pada beberapa tahun yang lalu.
Pada tahun ini, harga rumah dan jumlah jualan barangan di kawasan bahagian utara bandar Chongqing lebih tinggi daripada di kawasan pusat bandar. Kehidupan penduduk di kawasan bahagian utara bandar Chongqing lebih dinamik, kaya dan mudah.
Pada masa dahulu, terdapat banyak pertubuhan membuka perusahaan di kawasan itu. Pada masa ini, semakin banyak perusahaan perdagangan dan syarikat kebudayaan menubuhkan syarikat cawangan mereka di kawasan bahagian utara bandar Chongqing.
Dalam jangka panjang, kerajaan bandar Chongqing memikul tanggungjawab yang berat untuk membangunkan bandar itu seperti mengubahsuai sistem perusahaan milik negara, membebaskan penduduk desa daripada kemiskinan, memulihara penduduk dari kawasan empantan Tiga Gaung Sungai Yangtze dan kawalan ekologi alam sekitar di kawasan aliran Sungai Yangtze. Usaha tersebut mencapai kejayaan pada tahun 2000, kemudian, kerajaan Bandar Chongqing merancang perkembangan seterusnya. Pada tahun 2001, kerajaan bandar itu mulai membangunkan kawasan di bahagian utara Bandar Chongqing.
Sejak bulan Julai 2003, kerajaan Bandar Chongqing mengesahkan "Cadangan Memperbaiki Rancangan Kawasan di Bahagian Utara Bandar Chongqing" dan "Cadangan Meningkatkan Penerokaan dan Pembangunan Kawasan di Bahagian Utara Bandar Chongqing." Selain perusahaan hartanah berkembang pesat di kawasan itu, struktur baru yang mengutamakan industri kenderaan, industri pemprosesan dan industri teknologi tinggi telah dibentuk.
Menurut pegawai kerajaan tempatan, pembangunan di kawasan bahagian utara Bandar Chongqing merupakan kawasan pembangunan utama pada masa depan.
Naib Pengarah Jabatan Pengurusan Kawasan Bahagian Utara Bandar Chongqing, Encik Kuang Youzhi berpendapat, setelah pembangunan di kawasan bahagian utara Bandar Chongqing dimulakan, daya saingan dalam sektor industri, perusahaan perkhidmatan dan kebudayaan di seluruh bandar itu akan meningkat.
Menurut beliau, kawasan bahagian utara bandar Chongqing akan digabungkan dengan pusat bandar g lama menjadi pusat bandar baru pada masa depan. Ini akan bermanfaat bagi pembangunan seluruh bandar itu.
----Ching
|