Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-14 14:31:55    
Cara Penyelesaian Masalah Psikologi di China

CRI

Semasa menghadapi masalah kerisauan dan penderitaan, ada orang berjaya untuk mengatasi kesukaran, akan tetapi ada juga yang membunuh diri untuk membebaskan diri daripada kesukaran tersebut. Pada masa ini, isu membunuh diri yang merupakan salah satu masalah kesihatan awam dan masyarakat yang serius telah menarik perhatian orang ramai di China. Banyak jabatan kerajaan melaksanakan usaha membantu pesakit yang menghadapi krisis psikologi untuk menurunkan kadar membunuh diri dan membantu mereka untuk mengatasi tekanan emosi.

Berdasarkan kajian psikologi dan perubatan, masalah-masalah seperti tekanan emosi, kesukaran mengawal perasaan dan pergaulan, tekanan yang dialami dalam kerja dan pelajaran merupakan faktor-faktor penting yang mengakibatkan tindakan membunuh diri. Berdasarkan data-data yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan China, terdapat sekurang-kurangnnya 250 ribu orang mati kerana membunuh diri setiap tahun di China, selain itu, terdapat lebih dua juta orang gagal membunuh diri, kesannya menjadi cacat sepanjang hayat akibat perbuatan tersebut.

Penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia Profesor Fei Lipeng berpendapat, kebanyakan orang yang berniat membunuh diri penuh dengan pertentangan hidup. Mereka ingin melepaskan tekanan perasaan, bukan nyawa mereka. Beliau berkata,

"Pada masa ini, terdapat sejumlah besar pesakit psikologi, mereka menghadapi risiko membunuh diri, akan tetapi tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan rawatan. Mereka takut bayaran rawatan tinggi atau dianggap sebagai penyakit jiwa jika dirawat. Manakala perkhidmatan talian penting yang disediakan boleh memberi perkhidmatan tanpa mendaftar nama secara percuma kepada pesakit jiwa untuk menyelesaikan masalah mereka."

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan isu membunuh diri menarik perhatian lebih ramai orang, usaha bantuan terhadap pesakit yang menghadapi krisis psikologi juga berkembang maju.

"Apa khabar saudara, inilah perkhidmatan talian penting untuk membantu pesakit yang menghadapi krisis psikologi. Kami akan menyediakan bantuan kepada sesiapa yang menghadapi tekanan fikiran atau emosi dan ingin membunuh diri."

Perkhidmatan talian penting tersebut merupakan perkhidmatan pertama dalam bidang itu di China. Perkhidmatan itu disediakan oleh Pusat Penyelidikan dan Pelaksanakan Usaha Bantuan Pesakit Hadapi Krisis Psikologi. Encik Cao Lianyuan, ketua pengarah pusat itu memberitahu wartawan,

"Perkhidmatan talian penting ini disediakan oleh anggota profesional kesihatan seperti pakar psikologi, pekerja dalam bidang masyarakat dan psikologis. Mereka mengikuti latihan yang ketat, penyeliaan dan bimbingan yang standard."

Kaedah rawatan psikologi yang dipopularkan di China, bukan sahaja untuk mereka yang berniat membunuh diri, tetapi juga untuk orang ramai yang memerlukan bantuan ketika menghadapi krisis psikologi. Dalam aktiviti khidmata nasihat tentang isu psikologi yang diadakan di Pusat Penyelidikan dan Pelaksanakan Usaha Bantuan Pesakit Hadapi Krisis Psikologi Beijing, Puan Sun Li yang selalu mengemukakan pertanyaan kepada pakar psikologi memberitahu wartawan,

"Saya berpendapat, jika menghadapi kesukaran psikologi, kita harus berjumpa pakar, kerana mereka mempunyai pengetahuan luas dalam bidang itu. Mereka mampu menyelesaikan masalah kita dan saya berasa bantuan mereka berkesan."

----Ching