Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-07 19:26:16    
Pembangunan Teknologi Digital Berkembang Maju di Provinsi Anhui China

CNR

Kerajaan Provinsi Anhui di bahagian tengah China telah mengemukakan strategi pembangunan "teknologi digital" di provinsi itu pada awal tahun 2003 untuk menghadapi situasi yang teknologi digital banyak digunakan di arena antarabangsa. Pembangunan teknologi digital berkembang pesat di provinsi itu pada tahun 2004.

Pada awal tahun 2003, kerajaan Provinsi Anhui telah mengemukakan strategi seperti berikut "Pembangunan Teknologi Digital Provinsi Anhui", "Teknologi Digital Kredit" dan "Teknologi Digital Ekologi Alam Sekitar" untuk dimajukan serentak. Selain itu, kumpulan pimpinan pembangunan teknologi digital khas telah ditubuhkan di provinsi itu dan Gabenor Provinsi Anhui Encik Wang Jinshan menyandang jawatan ketua kumpulan itu.

Sejak tahun 2004, pembangunan teknologi maklumat dilaksanakan secara lancar di lebih 50 projek dalam enam bidang utama seperti hal ehwal pentadbiran elektronik, hal ehwal perdagangan elektronik, penggunaan teknologi maklumat dalam perusahaan, dalam sektor pertanian dan penggunaan teknologi maklumat di kawasan provinsi itu. Kerajaan pelbagai peringkat Provinsi Anhui telah memperuntukkan beberapa juta Yuan RMB untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur jaringan net.

Jabatan Perdagangan Provinsi Anhui berjaya mengadakan Pesta Barang Dagangan Eksport Provinsi Anhui 2004 menerusi Internet pada bulan Jun tahun 2004, jumlah urus niaga melebihi 70 juta dolar Amerika, pedagang yang menyertai pesta itu dari lebih 80 negara dan kawasan seluruh dunia, laman web itu dilayari sebanyak dua juta kali. Urus niaga berjaya dilaksanakan menerusi Internet.

Program perkhidmatan televisyen kabel digital disiarkan di Provinsi Anhui pada bulan Julai 2004, penduduk di bandar itu boleh menonton program TV digital menerusi 50 saluran. Penggunaan teknologi digital menjadikan para penduduk mempunyai pilihan yang baru dalam kehidupan mereka.

Sebagai projek asas strategik "Pembangunan Teknologi Digital di Provinsi Anhui", laman web khas dalam bidang hal ehwal pentadbiran elektronik Provinsi Anhui mula beroperasi pada bulan Ogos tahun 2004, sehingga laman web antara jabatan kerajaan utama peringkat provinsi dengan 68 badan di bawah pentadbiran jabatan tersebut digabungkan, laman web antara 17 badan kerajaan bandar dengan 636 badan di bawah pentadbirannya di seluruh Provinsi Anhui digabungkan. Ini meletakkan asas yang kukuh bagi mewujudkan "kecekapan pentadbiran di Provinsi Anhui".

Pada bulan September pula, deringan telefon bimbit berbunyi di Mukim Baiji Kaunti Xiuning di kawasan pergunungan, ini bermakna telefon boleh digunakan di setiap mukim di Provinsi Anhui. Berdasarkan statistik yang diumumkan oleh badan pengurusan telekomunikasi Provinsi Anhui, pada masa ini, penggunaan telefon dan telefon bimbit di Provinsi Anhui telah melebihi 20 juta, kadar penggunaan telefon mencatat setiap seratus orang memilik 30 telefon, pengguna Internet berjumlah dua juta orang.

Di samping itu, pembangunan penggunaan teknologi maklumat di perusahaan di provinsi itu juga berkembang pesat.

Seiring dengan pelaksanaan strategi "Pembangunan Teknologi Digital di Provinsi Anhui", sektor pertanian di provinsi itu berkembang maju. "Laman Web Pertaniaan Provinsi Anhui" menduduki tempat teratas dalam senarai laman web pertanian di China, maklumat dari laman web pertanian An Hui boleh dilayari dari seluruh dunia. Menerusi laman web itu, kaum tani di provinsi itu berjaya melaksanakan urus niaga yang bernilai sebanyak empat bilion Yuan RMB.

----Ching