Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-07 18:37:28    
Pengenalan tentang Jin Guangzhen, Ketua Biro Keselamatan Am Bandar Yanji China

Agensi Berita China

Wartawan Agensi Berita China melaporkan baru-baru ini, Encik Jin Guangzhen yang berumur 48 tahun menyandang jawatan Naib Ketua Biro Keselamatan Am Kawasan Istimewa Autonomi Etnik Korea Yanbian Provinsi Jilin dan juga Ketua Biro Keselamatan Am Bandar Yanji China. Beliau sentiasa bertugas membanteras jenayah dan melindungi keselamatan tempatan, jika rakyat biasa berasa kurang selamat, beliau akan berasa malu kerana gagal menjalankan tugasnya.

Pada Ogos 2001 iaitu sewaktu beliau baru menyandang jawatan di Bandar Yanji, Jin Guangzhen ditugaskan menyiasat satu kes pembunuhan dan rompakan. Beliau berazam "jika gagal tangkap penjenayah, dia akan letak jawatan". Jin Guangzhen tidak pulang ke rumahnya selama 80 hari dan hanya tinggal di pejabat sahaja. Berat badan beliau juga berkurangan 5 kilogram. Tetapi akhirnya beliau berjaya menangkap penjenayah tersebut

Jin Guangzhen mementingkan keperluan rakyat dan mempunyai pandangan positif terhadap tugas polis berdasarkan undang-undang, dengan tegas membanteras jenayah. Beliau menetapkan panduan kerja "Jasa bergantung kepada penyelesaian kes, tidak ada jasa juga salah".

Jin Guangzhen pernah menyandang Ketua Biro Keselamatan Am di kedua-dua tempat Kaunti Antu dan Bandar Helong. Waktu itu, beliau mengetuai para polis berjaya membanteras kumpulan mafia di kedua-dua tempat tersebut yang mendapat reputasi tinggi dan memperoleh pujian dari rakyat.

Setelah menyandang jawatan Ketua Biro Keselamatan Am Bandar Yanji, Jin Guangzhen bersama-sama kakitangannya berjaya membongkar bermacam-macam kes sebanyak lebih 7,600 buah dan menangkap penjenayah seramai lebih 3,000 orang. Jumlah kejadian kes jenayah mulai berkurangan di Yanji dan penduduk tempatan berasa selamat.

Sewaktu bertugas di tempat lain, Jin Guangzhen sentiasa memandang berat kepentingan rakyat dan membantu mereka mengatasi kesulitan. Rakyat tempatan juga menganggap beliau amat memperhatikan kepentingan rakyat dan bersedia bertugas dan mengabdi untuk rakyat.

Sewaktu bertugas di Kaunti Antu, Jin Guangzhen membuka talian telefon "Kampung 110" yang merupakan talian penting pertama yang dibuka oleh biro keselamatan am di Provinsi Jilin. Matlamatnya adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada kaum petani. Sewaktu bertugas di Bandar Helong, Jin Guangzhen mencipta cara baru dalam kerjanya iaitu menyediakan "Biro Polis Yang Bergerak" di kawasan desa. Para polis bertanggungjawab menyerahkan pelbagai kad yang diperlukan kepada para petani antaranya kad identiti dan buku keluarga.

Berdasarkan pengalaman dalam tempoh perkhidmatannya, Jin Guangzhen mengemukakan 3 prinsip kerja di ketiga-tiga tempat Antu, Helong dan Yanji antaranya "Rakyat boleh menyampaikan surat aduan walaupun perkara kecil, rakyat melapor kes, bukan perkara kecil dan sedia mendengar pendapat rakyat walaupun perkara kecil". Beliau mengumpamakan dirinya sebagai hamba rakyat.

Jin Guangzhen memperoleh kepercayaan rakyat dan mereka sentiasa mengingati Jin Guangzhen walaupun beliau bertugas di mana sahaja. Apabila Jin Guangzhen menamatkan tempoh perkhidmatan di suatu tempat, rakyat tempatan dengan sedih mengucapkan "selamat jalan' kepada beliau sambil menangkis.

Jin Guangzhen menetapkan 3 prinsip terhadap sendiri iaitu, bertindak adil berdasarkan tuntutan terhadap polis biasa; menjalankan tugas di sisi undang-undang, tidak berkawan dengan orang sembarangan, menolak pemohonan pengambunan untuk orang yang bersalah; mempertahankan kejujuran sewaktu menangani kerja rutin dan menentang rasuah.

Sewaktu Jin Guangzhen bertugas di Akunti Antu, terdapat seorang ketua kumpulan penjenayah menugaskan orang lain memberi 100 ribu Yuan RMb kepada Jin Guangzhen untuk meminta beliau tidak menangkapnya. Jin Guangzhen turut menolak dengan tegas, "Kamu telah memandang rendah terhadap saya, adakah nilai saya hanya 100 ribu Yuan RMB? Jangankan 100 ribu Yuan RMB, walaupun setinggi gunung emas saya tetap menolak".

----AZMI