"Helo, apa khabar, ini 'Talian Telefon Baiyun'! Apa saya boleh membantu anda?" Kata sapaan yang sopan dalam khidmat pesanan maklumat talian telefon tersebut melambangkan kemesraan, sikap beliau itu bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara peguam dengan rakyat, tetapi juga menjadikan lebih ramai orang mengetahui Encik Bai Yun.
Di bahagian barat Provinsi Shandong, Encik Bai Yun serta perkhidmatan talian telefon "Baiyun" yang disediakan olehnya memperhatikan bahawa beliau mengambil berat kepentingan rakyat dan melambangkan keadilan sehingga mendapat pujian rakyat secara menyeluruh.
Encik Bai Yun bertugas di Jabatan Peguam Daerah Dongchangfu Bandar Liaocheng Provinsi Shandong dan telah 41 kali dianugerah hadiah kehormat. Seiring dengan reputasinya meningkat, terdapat semakin ramai orang menghubungi beliau mengemukakan aduan.
Untuk lebih baik mendengar pendapat rakyat dan membantu rakyat mengatasi kesulitan, Encik Bai Yun mengemukakan cadangan kepada Jabatan Peguam Daerah Dongchangfu Bandar Liaocheng tentang membuka "Talian Telefon Baiyun" pada 8 November 2003. Talian telefon tersebut berfungsi selama 24 jam, matlamatnya adalah untuk menyediakan maklumat undang-undang kepada rakyat dan membantu mereka dari aspek undang-undang dan mengatasi masalah dalam bidang tersebut.
Puan Duan Lili, usahawan swasta yang berumur 21 tahun ketika memperkatakan "Talian Telefon Baiyun" memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua China bahawa pada April 2004, beliau pernah didenda oleh pihak polis disebabkan masalah perniagaan. Selain itu, Puan Duan Lili juga dikenakan kompaun dan kedainya ditutupkan. Beliau berasa malu sekali dan berhasrat bunuh diri. Pada waktu itu, rakannya memberitahu beliau agar menghubungi Encik Bai Yun melalui 'Talian Telefon Baiyuan". Puan Duan Lili tidak menyangka Encik Bai Yun telah menangani masalahnya, mempelawa beliau ke Jabatan Peguam dan mengajak beliau makan bersama-sama. Encik Bai Yun menjelaskan peraturan undang-undang yang berkaitan kepada Puan Duan Lili, membantunya menghubungi pejabat polis dan menyelesaikan kes itu di sisi undang-undang. Kemudiannya Encik Bai Yun memberi banyak buku undang-undang kepada Duan Lili sehingga beliau sangat terharu dan menganggap Encik Bai Yun sebagai rakan baik dan bersedia membincangkan apa sahaja hal penting dengan beliau.
Encik Cui Guidong yang sedang menjalani hukuman di penjara Liaocheng berkata, pada 2 tahun yang lalu, tanahnya diambil oleh kerajaan, tetapi beliau tidak diberi pampasan ganti rugi oleh kerajaan kerana menjalani hukuman di penjara. Anggota keluarga Encik Cui Guidong pernah banyak kali menyerahkan surat aduan kepada kerajaan tetapi tidak berjaya. Maka Cui Guidong mengirim surat kepada Encik Bai Yun untuk meminta bantuan beliau. Kemudiannya Encik Bai Yun dan teman sekerjanya pergi ke kampung Cui Guidong dan menjelaskan peraturan undang-undang kepada pejabat jawatankuasa kampungnya. Mereka menjelaskan bahawa walaupun Cui Guidong dijatuhi hukuman, tetapi haknya tetap dilindungi oleh undang-undang. Akhirnya pejabat jawatankuasa kampung tersebut membayar pampasan ganti rugi sebanyak lebih seribu Yuan RMB kepada Cui Guidong. Melalui peristiwa itu, Cui Guidong juga meningkatkan pengetahuan undang-undangnya dan bersedia menjalani hukuman di penjara. Beliau berhasrat membalas jasa baik kerajaan setelah selesai menjalani hukuman di penjara.
Pada tahun 1998, Encik Bai Yun mulai menyandang jawatan Naib Peguam dan bertanggungjawab menangani aduan rakyat. Dalam tempoh beberapa tahun kemudiannya, beliau menangani aduan yang dikemukakan oleh ribuan orang. Beliau dengan keadilan dan keikhlasannya mendapat kepercayaan rakyat serta meningkatkan imej badan peguam dan berjaya memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat.
----AZMI
|