Menurut berita akhbar "Beijing Youth", Jabatan Pentadbiran Am Lautan Negara China memaklumkan data terkini bahawa pada tahun 2004, jabatan penyelia telah mengesan 96 kali air pasang merah di perairan China, dan jumlah tersebut berkuarngan hampir 20% berbanding tahun 2003.
Maklumat tersebut diwartakan oleh Jabatan Pentadbiran Am Lautan Negara China dalam "Laporan Kualiti Alam Sekitar Lautan China 2004".
Laporan tersebut menjelaskan bahawa walapunpun jumlah air pasang merah berkurangan di China berbanding tahun 2003, tetapi air pasang merah yang berlaku secara besar-besaran bertambah banyak.
Dimaklumkan bahawa pada tahun 2004, kebanyakan air pasang merah di China berlaku di Laut Timur dan perairan Laut Bohai.
|