Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-14 16:09:02    
Malaysia akan Amalkan Sistem Biometrik Untuk Atasi Masalah Pendatang

CRI

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, Malaysia akan memperkenalkan sistem pengenalan diri biometrik dalam pengambilan pekerja dari Indonesia dalam usaha mengatasi masalah pendatang tanpa izin.

Demikian dinyatakan oleh beliau pada persidangan media bersama dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang melawat Malaysia hari ini.

Abdullah menjelaskan bahawa sistem itu akan merekodkan nama dan cap jari setiap pekerja Indonesia yang datang ke Malaysia bagi menentukan sama ada kedatangan mereka sah atau tidak.

Beliau berkata langkah itu bertujuan mengurangkan masalah pendatang tanpa izin dari Indonesia.

Abdullah dan Susilo terlebih dahulu mengadakan pertemuan empat mata sebelum mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala sempena lawatan negara pertama Presiden Republik Indonesia itu ke Malaysia sejak mengambil alih pucuk pimpinan negara itu pada Oktober tahun lalu.