Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-14 16:20:12    
Presiden Indonesia Adakan Lawatan ke Malaysia

CRI

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono hari ini telah tiba di Kuala Lumpur untuk lawatan dua hari ke Malaysia.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disambut oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah dan Susilo akan memulakan perbincangan di Kuala Lumpur tengah hari ini. Kedua-dua pemimpin akan membincangkan pelbagai isu dua hala seperti pekerja Indonesia di Malaysia, keadaan di Aceh yang terjejas teruk oleh bencana Tsunami dan ekonomi.

Beliau dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara serta menghadiri jamuan negara malam ini.

Susilo dan delegasi dijangka berlepas ke Singapura Selasa untuk lawatan dua hari ke republik itu.