Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-15 14:20:33    
Presiden Indonesia Beri Jaminan Anggota GAM Bergabung Dengan Indonesia Diberi Pengampunan

CRI

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang mengadakan lawatan ke Malaysia semalam di Kuala Lumpur memberikan jaminan bahawa anggota Gerakan Aceh Merdeka  yang bergabung kembali dengan Indonesia akan diberi pengampunan.

Demikian dinyatakan oleh beliau semasa majlis bersama warga Indonesia di kediaman Duta Besar Indonesia di Malaysia.

Susilo berkata, sebahagian pemimpin Gerakan Aceh Merdeka telah menyambut baik cadangan itu walaupun terdapat juga bantahan dari yang lain. Beliau menambah bahawa kerajaan Indonesia akan terus berusaha membangunkan semula Aceh.

Susilo juga berharap masalah di Aceh akan diselesaikan secara aman damai tanpa mengorbankan lebih banyak nyawa dalam pertempuran antara tentera Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka, kumpulan pemisah yang menuntut kemerdekaan untuk wilayah Aceh.