Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-15 14:21:09    
Malaysia dan Indonesia Setuju Atasi Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin

CRI

Malaysia dan Indonesia bersetuju agar isu pendatang tanpa izin dari Indonesia keMalaysia diselesaikan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam di Kuala Lumpur dalam sidang akhbar bersama selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

Abdullah berkata, Malaysia akan menggunakan sistem biometrik untuk merekod nama dan cap jari para pekerja dari Indonesia, dan kedua-dua negara bersedia untuk bertukar-tukar maklumat bagi "mengurangkan atau seboleh-bolehnya mentiadakan lagi" pendatang asing tanpa izin.

Beliau menambah, Operasi Nasihat yang sedang dijalankan akan dipertingkatkan sehingga hujung bulan ini, dan bermula 1 Mac tindakan lebih tegas akan diambil.

Beliau berharap para pendatang asing tanpa izin dari Indonesia yang masih berada di Malaysia akan mengambil kesempatan Operasi Nasihat itu supaya menjelang akhir Februari nanti, masalah pendatang tanpa izin tidak lagi timbul.

Susilo pula memberi jaminan untuk mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin dari negaranya.

Presiden Susilo tiba di Kuala Lumpur pada pagi 14 Februari untuk lawatan dua hari ke Malaysia. Masalah pendatang tanpa izin itu merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam perbincangan dua hala selain soal pembangunan semula Aceh serta meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi.