Singapura dan Indonesia hari ini telah memeterai Perjanjian Jaminan Pelaburan. Berdasarkan perjanjian tersebut, Singapura dan Indonesia akan saling menawarkan layanan keutamaan dalam bidang pelaburan.
Perjanjian tersebut dicapai semalam selepas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengadakan rundingan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang melawat Singapura. Lee Hsien Loong menyatakan, pemeteraian perjanjian tersebut akan memberi isyarat yang positif kepada para pelabur, ia juga menunjukkan bahawa Indonesia mengalu-alukan pelaburan asing dan sedang menyempurnakan iklim pelaburan dalam negara.
Dalam pertemuan semalam, kedua-dua pemimpin Singapura dan Indonesia juga menekankan lagi untuk mempertingkatkan dan mengeratkan hubungan dua hala, dan telah mencapai persepakatan tentang pelbagai isu, termasuk meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pelancongan dan penerbangan awam, serta mempercepat proses rundingan ekstradisi dua hala.
Susilo semalam tiba di Singapura untuk lawatan dua hari selepas mengakhiri lawatan di Malaysia.
|