Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono hari ini di Singapura berkata, kerajaan Indonesia akan berusaha meningkatkan taraf hidup rakyatnya melalui tiga aspek, iaitu merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan peluang kerja dan mengurangkan kemiskinan.
Demikian dikatakan oleh Susilo hari ini semasa beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk: "Indonesia: Cabaran daripada Perubahan". Beliau berkata, kerajaan Indonesia akan menarik pelaburan asing dan meningkatkan eksport untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Di samping itu, kerajaan Indonesia akan menawarkan lebih banyak peluang kerja untuk mengurangkan pengangguran, dan akan mengutamakan pembangunan desa dan meningkatkan industri pertanian, serta mencapai matlamat bagi mengurangkan kemiskinan di seluruh negara.
Ketika menyebut masalah Aceh, Susilo berkata, kerajaan Indonesia kini sedang aktif mengadakan dialog dengan pihak Gerakan Aceh Merdeka supaya menyelesaikan masalah Aceh secara damai.
Seminar tersebut dipengerusikan oleh Menteri Kanan Singapura Goh Chok Tong.
??
|