Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-17 12:31:53    
Guangxi dan Guangdong Bersama-sama Bekerjasama dengan Asia Tenggara

CRI
Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN dan Rancangan Penghasilan Awal merupakan peluang kepada pelbagai provinsi di bahagian barat daya China. Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China kalau ingin berjaya meneroka pasaran di Asia Tenggara, harus bekerjasama dengan rakannya, rakan yang paling sesuai ialah provinsi Guangdong yang berjiran dengan Guangxi.

Provinsi Guangdong berkembang paling pesat dan awal setelah China melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu. Pada tahun 2003, KDNK Guangdong menempati satu persembilan jumlah KDNK China, jumlah kutipan cukainya menempati satu pertujuh jumlah kutipan cukai China, jumlah import-eksport menempati satu pertiga jumlah perdagangan luar China. Guangxi harus meningkatkan kerjasama dengan Guangdong berdasarkan kelebihannya, bersama-sama meneroka pasaran Asia Tenggara.

Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China mempunyai kelebihan dalam kerjasama dengan Asia Tenggara.

Provinsi itu bersempadan dengan Vietnam dan mempunyai banyak jabatan kastam yang menguruskan kemasukan pedagang ke negara itu, kemudahan lalu lintasnya ke Vietnam juga sangat mudah.

Ramai penduduk di Guangxi dan Vietnam ialah etnik yang sama, mereka mempunyai bahasa, budaya dan adat resam yang sama.

Guangxi mempunyai ramai tenaga profesional yang boleh berbahasa Vietnam, Laos, Kemboja dan pelbagai negara Asia Tenggara yang lain. Guangxi mempunyai banyak pengalaman untuk berdagang dengan Vietnam, ramai tenaga profesional di Guangxi mengetahui pasaran di negara Asia Tenggara yang lain. Selain itu, Guangxi juga mempunyai banyak sumber alam, termasuk sumber tanah dan sumber pelancongan.

Ekonomi di Provinsi Guangdong sangat kuat, pada tahun 2002, jumlah perdagangan antara Guangdong dan pelbagai negara ASEAN mencapai hampir 20 bilion dolar Amerika, menempati lebih satu pertiga jumlah perdagangan antara China dan ASEAN.

Ekonomi Provinsi Guangdong berkembang paling awal dan pesat setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu. Provinsi itu mempunyai ramai tokoh profesional yang mahir pentadbiran dalam ekonomi pasaran dan usahawan yang hebat.

Guangdong juga merupakan kampung halaman ramai orang Cina di Asia Tenggara, mereka boleh menjadi jambatan dalam perdagangan Guangdong-Asia Tenggara.

Perusahaan Guangdong sudah memasuki pasaran Asia Tenggara lebih awal, banyak perusahaan Guangdong sudah mencapai kejayaan di Asia Tenggara seperti TCL dan Konka.

Oleh sebab itu, Wilayah Autonomi Guangxi dan Provinsi Guangdong mempunyai kelebihan masing-masing untuk memasuki pasaran Asia Tenggara, kalau Guangxi dan Guangdong boleh bekerjasama memasuki pasaran Asia Tenggara, pasti boleh mencapai kejayaan yang lebih besar. Guangxi dan Guangdong berjiran, ekonominya saling melengkapi dan mempunyai dasar kerjasama yang baik.

Guangxi mempunyai kelebihan sumber alam dan tenaga profesional, tetapi kekurangan dana, teknologi dan pasaran. Kalau Guangxi dan Guangdong boleh bekerjasama dan saling melengkapi, nescaya boleh mencapai kejayaan.

Pengangkutan laluan darat dan pengairan Guangxi-Vietnam sangat mudah, jumlah perdagangan antara Guangdong dan pelbagai negara ASEAN mencapai hampir 20 bilion dolar Amerika pada tahun 2003, barangan perdagangan dihantar antara kedua-dua pihak biasanya melalui laluan laut atau darat. Kalau barangan perdagangan tersebut dihantar melalui kawasan Guangxi, Guangxi akan menjadi pusat pengangkutan dalam perdagangan Guangdong-ASEAN. Sekarang, kemudahan lalu lintas di kawasan Guangxi sangat baik, tetapi landasan kereta api dan jalan raya yang menghubungkan Guangxi-Guangdong tersebut masih belum lancar, Guangxi-Guangdong harus mempercepat pembinaan jalan raya, menjamin pengangkutan antara satu sama lain.

Sekarang, harga tanah, tarif air, elektrik dan gaji pekerja di Provinsi Guangdong lebih tinggi, perusahaan yang memerlukan pekerja intensif sudah kehilangan kelebihannya. Guangxi boleh menubuhkan zon industri pemprosesan, menggubal dasar keutamaan untuk menarik perusahaan Guangdong melabur di sana. Menjadikan beberapa bandar di kawasan kesempadan Guangxi sebagai pangkalan industri pemprosesan yang mengutamakan eksport.

Institut pengajian tinggi dan pusat pengajian sains di Guangxi dan Guangdong mempunyai kelebihan masing-masing, Guangxi telah mengetahui keadaan di kawasan Indo-China, dan terdapat tenaga profesional yang boleh berbahasa negara-negara di kawasan tersebut. Pusat pengajian sains Guangdong lebih mengetahui keadaan negara-negaradi Asia Tenggara. Kalau kedua-dua pihak bekerjasama, boleh menjadi pusat data dan maklumat Asia Tenggara di seluruh China, dan menyediakan khidmat nasihat dan perkhidmatan maklumat untuk pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Asia Tenggara mempunyai sumber pelancongan yang kaya, tetapi terdapat banyak destinasi pelancongan masih belum diteroka. Perusahaan Guangxi dan Guangdong boleh mengadakan kerjasama dalam sektor tersebut, membina infrastruktur pelancongan di kawasan tersebut, termasuk membina pusat peranginan, hotel dan restoran, menarik pelancong dari seluruh dunia. Sekarang, terdapat ramai penduduk Guangdong melancong ke luar negara, kalau ramai pelancong dari Guangdong singgah di Gaungxi untuk melancong ke Asia Tenggara, boleh memakmurkan ekonomi Guangxi.

Andika