Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-17 14:22:56    
Goh Chok Tong: China Punyai Pengaruh Besar terhadap Ekonomi Dunia

CRI

Menteri Kanan Singapura Goh Chok Tong semalam berkata, China yang sedang membangun pesat mempunyai pengaruh yang besar terhadap ekonomi Dunia.

Demikian dinyatakan oleh Goh Chok Tong dalam sebuah sidang perniagaan yang diadakan di Singapura. Beliau berkata, China mempunyai pengaruh yang besar terhadap ekonomi Dunia kerana China bukan sahaja besar tetapi juga hubungan China dengan negara-negara yang lain semakin erat.

Goh Chok Tong juga berpendapat bahawa di Asia, pertumbuhan yang pesat negara China dan India telah banyak memdorong proses integrasi ASEAN. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perdagangan antara China dengan ASEAN meningkat dengan pesat. Seiring dengan pembinaan zon perdagangan bebas China-ASEAN pada tahun 2010, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak pasti akan meningkat lagi.