Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-17 14:25:22    
Malaysia Akan Perjuangkan Multilateralisme Dalam Hal Ehwal Antarabangsa

CRI

Menurut berita BERNAMA, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kepada Pakistan bahawa Malaysia, selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) akan terus memperjuangkan prinsip multilateralisme dalam hal ehwal antarabangsa.

Dengan itu, beliau berkata kedua-dua negara akan bekerjasama bagi memastikan demokrasi lebih menyeluruh dalam pentadbiran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, termasuk perubahan keanggotaan dan fungsi Majlis Keselamatan PBB.

Demikian dikatakan oleh Abdullah pada jamuan malam rasmi yang dianjurkan Perdana Menteri Pakistan Shauzat Aziz di Islamabad hari Rabu.

Abdullah berkata Malaysia memuji Presiden Pervez Musharraf kerana inisiatif beliau tentang kesederhanaan dalam perubahan OIC.

Tentang hubungan perdagangan, Abdullah berkata Malaysia dan Pakistan tidak harus kekal sekadar sebagai rakan dagang tetapi juga harus berusaha sebagai rakan pelaburan dan bekerjasama bukan sahaja di negara masing-masing tetapi juga di negara ketiga.