Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-18 14:32:29    
Malaysia Bimbang Perkembangan Terbaru di Selatan Thailand

CRI

Menurut berita BERNAMA, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau amat bimbang dengan perkembangan terbaru di Selatan Thailand dan berharap Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra akan dapat mengawal keadaan di wilayah berkenaan.

Demikian dikatakan oleh beliau pada sidang akhbar di Istamabad pada hari Khamis.

Ketika diminta mengulas perkembangan terbaru di Selatan Thailand di tentang letupan sebuah bom kereta pada hari Khamis mengorbankan empat orang dan mencederakan 40 yang lain, Abdullah berkata, beliau tidak mahu melihat keganasan tercetus di wilayah itu memandangkan keadaan sedemikian tidak baik untuk Thailand dan pihak-pihak yang lain.

Abdullah berkata Malaysia dan Thailand mempunyai persefahaman bahawa kedua-dua pihak ingin menjalin kerjasama dalam membangunkan ekonomi di wilayah itu.

Semasa ditanya tentang kemungkinan Iran diserang oleh Amerika Syarikat, Abdullah berkata Malaysia tidak mahu melihat situasi di Iraq berulang di Iran. Beliau menambah bahawa jika terdapat sebarang perselisihan antara Iran dan Amerika Syarikat, ianya harus diselesaikan menerusi perbincangan diplomatik.

Ketika menyebut tentang perbincangan dengan Presiden Pakistan Prevez Musharraf dan Perdana Menteri Pakistan Shaukat Aziz, Abdullah berkata perbincangan tersebut amat berjaya dalam merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Pakistan.

Abdullah tiba di Islamabad hari Selasa untuk melakukan lawatan rasmi empat hari di Pakistan.