Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-18 14:48:09    
Malaysia Tentang Penyelesaian Masalah Nuklear Iran Secara Kekerasan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam dalam sidang akhbar menyatakan bahawa Malaysia menentang masalah nuklear Iran diselesaikan secara kekerasan.

Beliau berkata, kaedah untuk menyelesaikan masalah nuklear Iran adalah melalui cara diplomatik atau A.S. dengan Iran mengadakan rundingan untuk mencari cara penyelesaian yang sesuai. Beliau berkata Pertubuhan Persidangan Islam tidak berharap perkara yang dilakukan di Iraq dilakukan di Iran semula.

Dilaporkan lagi, Presiden A.S. George W. Bush dalam sidang akhbar yang diadakan di Rumah Putih semalam menyatakan beliau akan menyelesaikan masalah nuklear Iran melalui cara diplomatik. Bush berkata beliau akan membincangkan dengan Perancis, Jerman dan Britain tentang cara penyelesaian masalah tersebut dalam lawatan beliau ke Eropah pada minggu depan serta menjelaskan kepada Iran bahawa pembangunan senjata nuklear negara tersebut tidak boleh diterima.