Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-18 18:32:51    
Malaysia Dan Pakistan Tingkat Kerjasama Dalam Menangani Keganasan

CRI

Menurut berita BERNAMA, Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam menangani keganasan.

Kedua-dua negara juga mengulangi komitmen untuk memerangi keganasan dan jenayah merentas sempadan yang lain dengan lebih menyeluruh.

Perkara itu dipersetujui oleh kedua-dua negara dalam perbincangan dua hala yang diadakan semasa lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Pakistan.

Menurut pernyataan bersama yang dikeluarkan hari Jumaat, Malaysia menyatakan sokongan terhadap cadangan Pakistan untuk menjadi rakan dialog penuh Asean.

Keputusan mengenai status Pakistan sebagai rakan dialog akan diputuskan melalui konsensus oleh negara anggota Asean.

Abdullah telah mengakhiri lawatannya ke Pakistan hari ini selepas mengadakan perbincangan yang berhasil dengan Presiden Pervez Musharraf dan Perdana Menteri Shaukat Aziz.

Antara yang dibincangkan ialah isu dua hala selain hubungan perdagangan serta soal antarabangsa dan serantau.