Wartawan Agensi Berita Xinhua China melaporkan baru-baru ini, Encik Xue Yuanlong, Profesor Madya Institut Pertanian Universiti Yangzhou China akan ditugaskan menyediakan perkhidmatan maklumat sains dan teknologi di Pekan Xihe, Daerah Chuzhou, Bandar Huaian, Provinsi Jiangsu China pada masa sebelum cuti Tahun Baru China. Berita tersebut amat menggembirakan penduduk tempatan di sana. Mereka berkata, "Kami berasa bertuah sekali kerana Profesor Xue Yuanlong datang ke sini membantu kami".
Xue Yuanlong pernah bertugas di kawasan desa bahagian utara Provinsi Jiangsu di bahagian timur China selama 18 tahun. Beliau membantu petani tempatan membasmi kemiskinan dan melakukan penerokaan. Beliau pernah berturut-turut bertugas di pelbagai tempat termasuk Kaunti Xiangshui, Bandar Gaoyou dan Bandar Jiangdu di Provinsi Jiangsu. Xue Yuanlong tinggal di kampung dan bersama-sama penduduk tempatan memulihara tanah, membubuh baja dan menanam benih sehingga berjaya menjadikan puluhan ribu petani bebas daripada kemiskinan.
Pada tahun 1986, bekas Institut Pertanian Jiangsu iaitu Insitut Pertanian Universiti Yangzhou sekarang menubuhkan badan yang menguruskan pengeluaran, pengajaran dan pengajian sains di Kaunti Xiangshui yang mundur di bahagian utara Provinsi Jiangsu. Matlamatnya adalah untuk membantu petani tempatan membasmi kemiskinan dan mendorong penggunaan pengetahuan sains dalam bidang pertanian. Pada 8 Ogos 1986, Profesor Madya Xue Yuanlong yang berumur 36 tahun mulai bertugas di Kampung Kangzhuang, Pekan Dayou, Kaunti Xiangshui.
Sewaktu baru tiba di Kampung Kangzhuang, Xue Yuanlong terkejut dengan kemiskinan di tempat itu. Angin kencang bertiup terhadap tanah tandus. Ramai penduduk tinggal di rumah yang usang. Tidak terdapat air paip, bas awam dan perkhidmatan telefon di Kampung Kangzhuang yang berhampiran Laut Kuning. Kehidupan para petani tempatan bergantung kepada bantuan makanan dan pinjaman wang yang disediakan oleh kerajaan.
Xue Yuanlong tidak menghiraukan keadaan yang sulit tersebut dan turut mulai menjalankan tugasnya. Berdasarkan keistimewaan tanah di Kampung Kangzhuang iaitu nisbah kandungan garam agak tinggi, Xue Yuanlong menggunakan pelbagai cara untuk memperaiki kualiti tanah tandus antaranya mengurangkan kandungan garam, mengurangkan tempoh mengairi sawah dan melaksanakan sistem penanaman padi secara bergilir. Untuk membantu para petani menanam padi kacukan, beliau pergi ke pelbagai tempat termasuk bandar Huaian membeli benih padi tersebut.
Pada setahun kemudiannya, petani tempatan berjaya menanam padi di tanah tandus yang tidak pernah menghasilkan tanaman dalam jangka masa panjang yang lalu. 7 kumpulan petani yang dibertanggungjawab oleh Xue Yuanlong berjaya menghasilkan padi kacukan kira-kira 2,250 kilogram purata di setiap hektar sawah. Mereka meningkat pendapatan sebanyak lebih 200 ribu Yuan RMB pada tahun itu, dan setiap keluarga petani yang berkaitan meningkat pendapatan seribu Yuan RMB pada puratanya. Kejayaan tersebut mengagumkan rakyat di kawasan desa Kaunti Xiangshui.
Setelah bertugas selama setahun di Kampung Kangzhuang, Xue Yuanlong akan menamatkan tempoh perkhidmatannya dan pulang ke bandar. Para petani tempatan mengemukakan permohonan kepada pemimpin Insititut Pertanian Universiti Yangzhou supaya Xue Yuanlong dapat meneruskan tugasnya di kampung mereka. Dengan demikian, Xue Yuanlong terus bertugas selama 4 tahun di Kampung Kangzhuang. Dalam tempoh perkhidmatan selama 5 tahun, Xue Yuanlong berjaya membantu Kampung Kangzhuang berkembang sebagai pangkalan penghasil padi kacukan di kawasan bahagian utara Jiangsu.
----AZMI
|