Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-21 15:03:11    
Pengenalan tentang Petani Wang Daxiu dan Pusat Penyelamatan Binatang Liarnya

CRI

Encik Wang Daxiu, petani yang tinggal di Provinsi Zhejiang, bahagian timur China, menubuhkan pusat penyelamat binatang liar yang pertama di tempat tinggalnya pada tahun 2002. Matlamatnya adalah untuk menyelamatkan binatang liar yang cedera, sakit dan lapar, dan melepaskan mereka kembali ke tempat asal setelah mereka disembuhkan.

Tindakannya bukan sahaja mendapat sokongan dari keluarganya, tetapi juga mendapat bantuan kerajaan tempatan.

Pada suatu hari musim bunga tahun lalu, Wang Daxiu dan beberapa kakitangan perhutanan membawa belasan ekor binatang liar yang diselamatkan oleh mereka seperti burung hantu, helang dan rusa ke satu hutan yang rimbun dan membebaskan binatang binatang tersebut.

Sewaktu melihat binatang yang disembuhkannya terbang ke tempat asal, Wang Daxiu berasa gembira dan berkata, "Saya gembira sekali sewaktu melihat mereka pulang ke tempat asal dengan sihat. Saya berasa saya seumpama kawan mereka, dan berharap mereka dapat hidup secara bebas di tempat asal."

Encik Wang Daxiu, petani yang berumur 51 tahun tinggal di Bandar Taizhou, Provinsi Zhejiang China. Beliau sejak kecil suka binatang yang bermacam-macam dan belajar membuat experemen binatang. Pada Jun 2002, Wang Daxiu melabur lebih sejuta Yuan RMB membina satu pusat penyelamat binatang liar yang pertama di kampung halamannya. Pusat itu terletak di kaki gunung yang indah pemandangannya.

Pada masa ini, Pusat Penyelamat tersebut telah menyelamatkan binatang liar sebanyak lebih 100 ekor, antaranya 4 ekor binatang liar kelas satu yang dilindungi dalam peringkat negara dan hampir 30 ekor binatang liar kelas dua. Terdapat sebanyak lebih 50 ekor binatang liar dapat disembuhkan dan dibebaskan ke tempat asal.

Pusat penyelamat binatang liar yang dibina oleh Wang Daxiu tersebut seluas lebih 3 hektar dan mempunyai kemudahan yang lengkap. Setiap binatang dijaga di tempat yang sesuai dengan kebiasaan mereka. Misalnya, ular sawa di atas pokok, burung tekukur berbunyi di sudut bangunan, undan berjalan kaki di padang rumput dan lain-lain.

Petikan kata-kata beliau kenapa membina pusat penyelamat binatang liar, Encik Wang Daxiu memaklumkan kepada wartawan CRI, "Saya berpendapat saya berkemampuan dan harus memikul tanggungjawab dalam masyarakat untuk membina satu pusat penyelamat. Dengan demikian, binatang liar yang cedera, sakit, lemah, lapar atau sesat jalan dapat diselamatkan. Saya membebaskan mereka kembali ke alam tempat asal mereka apabila telah sembuh."

Pusat penyelamat binatang liar yang dibina oleh Wang Daxiu tersebut diuruskan dengan baik. Mereka membuat catatan khas untuk setiap binatang. Seluruh proses iaitu sejak binatang itu baru diselamatkan hingga sembuh dicatat dengan teliti. Encik Wang Weiguo, anak Wang Daxiu bertanggungjawab melakukan pekerjaan rutin dan perubatan. Beliau berkata, "Ayah saya selalu memuji kami orang muda yang pintar. Dalam kerja seharian, saya bertanggungjawab mencatat keadaan dan pengetahuan tentang penyelamatan binatang liar ke dalam komputer sehingga dapat diperiksa pada bila-bila masa. Jika kurang jelas, saya juga boleh mencari maklumat melalui internet."

----AZMI