Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-21 17:09:23    
Zeng Peiyan: China akan Laksanakan Lima Langkah Lindungi Alam Sekitar

CRI

Wartawan CRI melaporkan, Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan hari ini di Nairobi, ibu negara Kenya telah mengumumkan lima langkah yang akan diambil oleh kerajaan China dalam melindungi alam sekitar.

Zeng Peiyan menghadiri Sidang Ke-23 Majlis Program Alam Sekitar PBB dan Forum Alam Sekitar Sejagat Peringkat Menteri yang dirasmikan pagi tadi. Beliau semasa menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian itu menyatakan, kerajaan China menumpukan perhatian terhadap isu perkembangan dan telah menjadikan perkembangan secara berterusan sebagai strategi perkembangan negara. Kerajaan China akan mengambil lima langkah untuk melindungi alam sekitar.

Antaranya termasuk memperkenalkan pengeluaran bersih, menyusun struktur ekonomi; mengembangkan ekonomi berkitar, mewujudkan masyarakat yang berjimat cermat; meningkatkan pentadbiran terhadap pencemaran dan mengawal pelepasan bahan pencemaran; mendorong pemuliharaan ekologi, meningkatkan kualiti alam sekitar serta melindungi alam sekitar berdasarkan undang-undang untuk memelihara kepentingan awam.