|
Menurut berita CRI, atas undangan kerajaan Filipina, Perdana Menteri Myanmar Leftenan Jeneral Soe Win tiba di Manila semalam dan memulakan lawatan ke negara tersebut.
Dimaklumkan, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo akan mengadakan rundingan dengan Soe Win tentang hubungan dua hala, meningkatkan pelaburan Filipina di Myanmar serta meningkatkan pertukaran perdagangan kedua-dua negara.
Ini merupakan pertama kali Perdana Menteri Myanmar melawat Filipina selepas Jeneral Than Shwe pemimpin tertinggi Myanmar melawat Filipina pada tahun 1998. Filipina merupakan negara pertama anggota ASEAN yang dilawati oleh Perdana Menteri Myanmar Soe Win selepas beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Myanmar pada Oktober tahun lalu.
|