Wartawan Agensi Berita Xinhua China melaporkan di Bandung, Indonesia bahawa setakat hari ini, mangsa yang terbunuh dalam kejadian runtuhan bukit sampah di Indonesia telah meningkat kepada 40 orang. Kejadian itu berlaku di Leuwigajah, berdekatan dengan Bandung, ibu kota Provinsi Jawa Barat semalam. Selain itu, 109 orang lagi masih hilang di tempat kejadian.
Pegawai tempatan Indonesia yang bertanggungjawab terhadap operasi penyelamatan memaklumkan wartawan Agensi Berita Xinhua China bahawa hujan lebat pada subuh semalam mengakibatkan bukit sampah yang setinggi 10 meter dan seluas 22.6 hektar itu runtuh. Mereka yang tinggal di kawasan bukit itu telah tertimbus di bawah runtuhan sampah.
|