Menurut berita CRI, Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China mengadakan mesyuarat semalam. Dalam mesyuarat itu dinyatakan, pada tahun ini, China akan meningkatkan dan menyempurnakan kawalan makro dan melaksanakan dasar kewangan dan mata wang yang stabil.
Dalam mesyuarat itu, pihak berkenaan dituntut terus meningkatkan usaha dalam sektor pertanian di kawasan desa; menstabil dan menyempurnakan dasar untuk membantu sektor pertanian; terus mendorong penyusunan semula struktur ekonomi pertanian; meningkatkan proses pembaharuan sistem ekonomi dan dasar buka pintu serta pembaharuan perusahaan milik negara dan menjayakan usaha menyediakan peluang kerja dan jaminan sosial.
|