|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Markas Ketua Turus Pasukan Tentera Perancis semalam mengeluarkan pengumuman bahawa Perancis akan menamatkan operasi bantuan di kawasan bencana Tsunami Indonesia berperingkat-peringkat dan akan mengundurkan tenteranya dari Indonesia.
Hampir seribu askar Perancis menyertai operasi bantuan kemanusiaan tersebut. Dengan bantuan Tabung Kanak-kanak PBB, 20 orang doktor tentera Perancis telah menyuntik vaksin penyakit campak kepada 8800 orang kanak-kanak Indonesia. Selain itu, pasukan tentera udara Perancis juga menghantar barangan bantuan kemanusiaan seberat 480 tan.
|