Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International Wednesday Feb 19th   2025 
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-22 14:26:53    
Goh Chok Tong: Timur Tengah Boleh Jadi Pusat Ekonomi

CRI

Menurut Berita Harian Singapura, Menteri Kanan Singapura Goh Chok Tong yakin rantau Timur Tengah boleh menjadi pusat ekonomi dengan pertumbuhan yang pesat, sama seperti China dan India.

Ini dapat dicapai berdasarkan dua faktor: keinginan rantau tersebut untuk maju seiring dengan kemajuan global, dan sejarah tamadun Islam sendiri boleh menjadi perangsang kepada pembangunan sumber manusia di rantau itu.

Ketika berucap dalam Forum Ekonomi Jeddah Keenam di Riyadh, Arab Saudi hari Isnin, Goh Chok Tong berkata, para pemimpin rantau itu sedang mengadakan perubahan untuk maju dalam bidang ekonomi.

Perkembangan itu dilihat semasa Goh Chok Tong mengunjungi beberapa negara Timur Tengah, termasuk Mesir, Jordan, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Oman.

Menurutnya, selain mempunyai sumber akan semula jadi yang banyak, terutama minyak dan gas, Timur Tengah memiliki aset dalam bentuk rakyat mudanya yang ramai.

Beliau juga percaya sejarah kegemilangan tamadun Islam boleh merangsang pertumbuhan rantau itu dengan mengembalikan pembangunan intelek dan sumber manusia di kalangan rakyatnya.

Beliau menarik perhatian bahawa semasa era itu, rantau Timur Tengah menjadi pusat intelek dunia dengan pendidikan bagi kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan berkembang pesat.

Goh Chok Tong bertolak ke Riyadh hari Isnin bagi meneruskan lawatan rasmi enam hari ke Arab Saudi.

Post Your Comments

Your Name:

E-mail:

Comments:

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040