Menurut laporan "Channel News Asia" Singapura, Singapura dan Arab Saudi telah menyelesaikan rundingan tentang Perjanjian Jaminan Pelaburan. Menteri Kanan Singapura Goh Chok Tong yang sedang melawat Arab Saudi hari Isnin berkata, hal tersebut telah meningkatkan hubungan Singapura-Arab Saudi, dan menyediakan iklim yang lebih stabil dan telus dalam bidang pelaburan di kedua-dua negara.
Perjanjian itu dijangka akan dimeterai di Singapura pada hujung tahun ini. Pemeteraian perjanjian itu akan menggalakkan pelaburan antara kedua-dua negara.
Goh Chok Tong menambah, Singapura dan Arab Saudi boleh meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti industri perkapalan, penerbangan awam dan perkhidmatan kewangan.
Dalam tempoh lawatan Goh Chok Tong ke Arab Saudi, pegawai-pegawai kedua-dua negara juga membincangkan tentang melonggarkan sekatan visa. Pegawai Singapura menyatakan akan memudahkan peniaga Arab Saudi mendapat visa untuk berniaga ke Singapura.
|