Menurut berita CRI, jurucakap Kementerian Luar China Kong Quan hari ini dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan bahawa atas undangan Presiden China Hu Jintao, Yang Di-pertuan Agong Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 28 Februari hingga 6 Mac.
|