Masalah pengangguran di Filipina amat serius pada tahun 1980-an, pada tahun 1978, kadar pengangguran di negara itu hanya 4.2%, tetapi pada tahun 1995, kadar itu meningkat kepada 12.6% dan melebihi 8.5% selepas tahun itu. Masalah pengangguran yang serius di Filipina berkaitan dengan peningkatan KDNK yang rendah di negara itu, kadar peningkatan KDNK lebih rendah berbanding kadar peningkatan jumlah pekerja. Krisis kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997 telah mengakibatkan masalah tersebut menjadi lebih serius.
Indonesia dilanda krisis kewangan yang serius pada tahun 1997, kadar pengangguran terus meningkat. Pada tahun 2002, jumlah penganggur Indonesia mencapai 38 juta orang, 500 ribu penganggur ialah graduan universiti. Masalah pengangguran di Indonesia yang semakin serius disebabkan beberapa faktor seperti berikut, pertama, ekonomi di negara itu mengalami kemerosotan, kedua, kehidupan masyarakatnya tidak stabil, ramai usahawan asing takut melabur di Indonesia, ini telah menjejaskan eksport negara itu, dan ketiga, kerajaan Indonesia sentiasa menggalakkan rakyatnya bekerja di negara lain, tetapi negara lain juga menghadapi masalah pengangguran
Thailand juga merupakan salah satu negara yang dilanda krisis kewangan yang paling serius. Pada tahun 1998, ekonomi Thailand mengalami penurunan minus 4% hingga 5.5%. pada waktu itu, jumlah penganggur dijangka 1.4 juta hingga 1.5 juta, tetapi jumlah penganggur sebenar dianggarkan hampir 2 juta. Krisis kewangan mengakibatkan banyak perusahaan Thailand bankrup, jumlah penganggur semakin ramai. Sektor pemprosesan makanan, penjahitan pakaian, perkhidmatan dan pembinaan di Thailand mengalami kesan yang paling serius.
Kesan krisis kewangan terhadap Malaysia lebih kecil, tetapi kadar penganggurannya juga meningkat, industri pembuatan mengalami kesan yang paling serius.
Walaupun pertumbuhan ekonomi Singapura tidak terjejas teruk, tetapi bidang sains dan teknologi tinggi di negara itu memerlukan ramai tenaga profesional negara lain, sebaliknya terdapat ramai penganggur dalam sektor perindustriannya. Sistem kebajikan di Singapura sangat baik, ramai rakyatnya sanggup menjadi penganggur daripada bekerja dengan gaji lebih rendah.
Kebanyakan negara Asia Tenggara ialah negara membangun dan mengutamakan industri yang memerlukan pekerja intensif. Pekerja menjadi sumber yang penting dalam pelbagai sektor di negara-negara tersebut. Untuk menggunakan sepenuhnya tenaga pekerja, mengurangkan kemiskinan dan faktor yang menjejaskan kestabilan masyarakat, negara-negara Asia Tenggara telah mengambil pelbagai jenis tindakan untuk mengatasi masalah pengangguran dan meningkatkan kepesatan pertumbuhan ekonominya.
Setelah dilanda krisis kewangan, Kementerian Pekerja, Jawatankuasa Pembangunan sosioekonomi Kebangsaan dan Institut Pengkajian Pembangunan Thailand mengumumkan dasar kecemasan, menyediakan perkhidmatan perubatan percuma kepada penganggur baru dan mengurangkan yuran sekolah anak-anak mereka. Di samping itu, kerajaan Thailand telah menyediakan lebih 100 ribu peluang kerja di seberang laut kepada penganggur. Kerajaan Thailand pada tahun 1998 telah mengumumkan "Rancangan Tindakan Mengurangkan Pengangguran", rancangan tersebut menjadi dasar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tindakan untuk menyelesaikan masalah pengangguran Thailand termasuk meningkatkan latihan kepada penganggur, menggalakkan rakyatnya bekerja di luar negara, menyediakan pinjaman mudah kepada penganggur, menubuhkan pusat panduan pekerjaaan yang dibuka 24 jam sehari untuk menyediakan perkhidmatan maklumat dan nasihat kepada panganggur, dan meningkatan peruntukan terhadap pertanian, menyediakan peluang kerja yang lebih banyak di desa. Tindakan-tindakan tersebut telah mencapai hasil, Thailand telah menyediakan 450 ribu peluang kerja dalam negara pada tahun-tahun kebelakangan ini, seramai 300 ribu rakyat Thailand bekerja di seberang laut, 280 ribu penganggur mendapat kerja semula. Sekarang, kadar pengangguran Thailand sudah menurun kepada 2.8% daripada 4.5% semasa dilanda krisis kewangan.
Kerajaan Indonesia juga giat mengambil pelbagai tindakan untuk menambah peluang kerja, seperti membantu perusahaan kecil dan sederhana mengatasi krisis pembayaran hutang dan meneruskan urus niaganya, agar menyediakan peluang kerja kepada penganggur. Kerajaan Indonesia juga memulakan pembinaan projek besar yang dihentikan semasa dilanda krisis kewangan untuk menyediakan peluang kerja, selain itu, kerajaan Indonesia juga menggalakkan rakyat bekerja di luar negara.
Masalah pengangguran di Filipina lebih serius. Tindakan kerajaan Filipina untuk mengatasi masalah pengangguran termasuk, pertama, giat menarik pelaburan asing, mengembangkan industri berorientasikan eksport serta memajukan sektor pertanian dan pelancongan. Kedua, menggalakkan rakyat bekerja di luar negara. Ketiga, meningkatkan kepakaran pekerja. Dan keempat, menubuhkan jabatan pekerjaan, menyediakan perkhidmatan untuk pekerja.
"Memakmurkan negara berdasarkan tenaga profesional" merupakan dasar asas dalam pembangunan Singapura. Kerajaan Singapura sangat mementingkan usaha meningkatkan pendidikan warganya. Di samping itu, kerajaan menyediakan latihan kepada penganggur.
Di samping itu, negara-negara Asia Tenggara juga mengambil tindakan yang lain untuk mengatasi pengangguran. Misalnya, kerajaan Indonesia menggalakkan penganggur yang berasal dari desa pulang ke kampung halamannya untuk bekerja sebagai petani, kerajaan menyediakan subsidi dan pinjaman kepada mereka.
Negara-negara Asia Tenggara juga aktif mengubah imej penganggur, agar penganggur sudi menjadi pekerja kelas rendah dan melakukan kerja berat, tindakan tersebut telah mencapai kesannya.
Andika
|