Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-24 15:20:33    
Atlet Olahraga China Jalani Latihan di A.S., untuk Persiapan Sukan Olimpik 2008

CRI
Sempena perayaan Tahun Baru China, kebanyakan atlet China yang akan menyertai Sukan Olimpik 2008 masih gigih berlatih, ini termasuk beberapa orang atlet olahraga China yang berlatih di A.S.. Ini merupakan pertama kali atlet olahraga China secara rasmi menjalani latihan di seberang laut dan juga merupakan usaha pasukan olahraga China untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam Sukan Olimpik 2008.

Kejayaan Liu Xiang, atlet acara lari berpagar China dalam Sukan Olimpik Athens telah memberi imej baru kepada sukan olahraga China. Memberi peluang kepada lebih ramai jurulatih dan atlet China belajar di negara-negara yang taraf sukan olahraganya lebih tinggi merupakan salah satu usaha terbaru tersebut. Untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, bahagian sukan olahraga China mula menghantar atlet China menjalani latihan di seberang laut. 4 orang pelari pecut dan 2 orang jurulatih China sebagai kumpulan pertama telah pergi ke A.S. pada Januari lepas untuk menjalani latihan selama 5 bulan.

Ketua Jurulatih Pasukan Olahraga China Feng Shuyong menyatakan, pada masa dahulu, atlet olahraga China menjalani latihan di seberang laut hanyalah untuk bertukar tempat latihan, tetapi kali ini mereka di A.S. akan menjalani latihan bersama-sama atlet A.S. dengan panduan jurulatih A.S.. Kami menghantar pelari pecut China ke A.S. kerana taraf acara lari pecut di A.S. sangat tinggi. Dalam rancangan persiapan untuk Sukan Olimpik 2008, bahagian sukan olahraga China sangat mementingkan acara yang hebat dan acara yang kurang hebat. Sebagai acara yang kurang hebat, acara lari pecut merupakan acara tumpuan dalam rancangan persiapan untuk Sukan Olimpik 2008.

Feng Shuyong berkata, "Rancangan kami ialah terus mencapai kejayaan dalam acara yang sudah hebat dan meningkatkan taraf acara yang kurang maju. Dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, sukan olahraga China bukan sahaja harus meraih pingat yang lebih banyak, tetapi juga harus mencapai sasaran lebih ramai atlet menyertai perlumbaan bersesuaian dengan standard atlet dunia. Kalau ingin mencapai sasaran tersebut, kami mesti meningkatkan taraf acara yang kurang maju. Oleh sebab itu, kami harus berusaha meningkatkan taraf acara lari pecut."

Walaupun atlet China dan atlet A.S. menjalani latihan bersama-sama kali ini, tetapi kemahiran antara mereka masih jauh berbeza. Feng Shuyong menyatakan, mereka telah berbincang dengan pihak A.S., khusus untuk meningkatkan kemahiran atlet China dalam bidang-bidang yang masih lemah. Kalau latihan kali ini berjaya, mereka akan menghantar lebih ramai atlet olahraga China menjalani latihan di seberang laut.

Feng Shuyong menyatakan, untuk meningkatkan taraf kemahiran atlet China dalam acara lari jarak jauh yang masih kurang maju, mereka sedang berbincang dengan Kenya dan negara lain yang taraf acara lari jarak jauhnya lebih tinggi, dan menghantar atlet China menjalani latihan di negara-negara tersebut.

Dimaklumkan, 4 orang atlet dan 2 orang pelatih China tersebut sedang menjalani latihan di pusat latihan Universiti Baylor Texas, bekas johan Sukan Olimpik, Michael Johnson dan Bret Harte akan membimbing atlet China dalam latihan tersebut selama 5 bulan, atlet China tersebut juga akan menyertai perlumbaan di A.S.. Pada tahun lalu, Michael Johnson dan Bret Harte pernah datang ke Beijing untuk menyampaikan ceramah, walaupun masanya sangat singkat, tetapi telah berkesan meningkatkan taraf atlet dan jurulatih China. Liu Xia yang sedang menjalani latihan di A.S. pernah mengikuti ceramah tersebut, beliau berkata, "Cara latihan olahraga A.S. mempunyai keunggulan tersendiri, khususnya dalam acara lari pecut. Cara latihan A.S. dan China adalah berbeza. Sun Haiping, Liu Xiang ialah contoh yang berjaya, kami harus belajari dengan beliau.

Atlet Yang Yaozu yang sedang menjalani latihan di A.S. kali ini sangat menarik perhatian umum, Michael Johnson pernah menyanjung beliau semasa lawatannya di China pada tahun lalu. Yang Yaozu sangat hebat dalam acara lari pecut 200 meter, tetapi Michael Johnson berpendapat, beliau juga boleh mencapai kejayaan dalam acara lari pecut 400 meter dan merupakan atlet berpotensi tinggi.

Yang Yaozu menyatakan, semasa mengikuti ceramah Michael Johnson pada masa dahulu, masanya terlalu singkat. Latihan di A.S. kali ini akan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahirannya. Yang Yaozu berkata, "Sebagai pelari pecut, tenaga saya masih tidak mencukupi. Saya bercita-cita dengan peluang kali ini membelajari cara latihan atlet A.S. yang maju, meningkatkan kemampuan saya dalam tempoh 6 bulan akan datang."

Andika