|

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Timbalan Menteri Kesihatan China, Gao Qiang malam semalam telah menandatangani perjanjian dengan bekas Presiden A.S., Bill Clinton. Berdasarkan perjanjian itu, Tabung Bill Clinton akan menderma ubat-ubatan untuk merawat pesakit AIDS kepada China. Kedua-dua pihak juga telah mengadakan perbincangan tentang kerjasama pencegahan dan rawatan pesakit AIDS.
Gao Qiang menyanjung tinggi usaha Bill Clinton dalam membantu China mencegah dan merawat pesakit AIDS dan berharap kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama, pertukaran maklumat dan teknologi untuk menyelidiki bersama-sama kaedah menyelesaikan masalah penyakit AIDS.
|