Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-25 15:34:34    
Pengenalan tentang Pasaran Barang-Barang Antik Panjiayuan Beijing.

CRI
Pasar Barang-Barang Antik Panjiayuan terletak di timur Bandar Beijing. Pada hujung minggu, terdapat ramai pelancong dari pelbagai tempat China dan dunia berkunjung ke pasar tersebut, untuk membeli barang-barang antik pelbagai tempat di China dan barang-barang kraf tangan di kalangan rakyat.

Puan Gail Cohen merupakan seorang pelancong dari Amerika Syarikat. Beliau berkata: "Saya mengetahui dari buku panduan pelancongan, jika tiba di Beijing, pasaran barang-barang antik Panjiayuan patut dilawati. Saya baru saja menyaksikan lukisan di kulit pokok tua, disebabkan kelihatan sangat menarik".

Pasar tersebut dapat menarik ramai orang berkunjung ke sana, kerana pelanggan bukan saja dapat membeli banyak barangan kraf tangan kalangan rakyat dan barangan antik yang bernilai dan harganya murah, tetapi juga dengan bayaran yang murah boleh membeli lukisan dari pelukis yang terkenal dan barang-barang kraf tangan yang sebenar. Mishalnya, ada seorang pelanggan telah membeli sebilah pedang dengan membayar 15 yuan.

Pengurus Pasaran Panjiayuan Encik Cui Xinwei memberitahu wartawan, barangan yang dijual di pasaran itu, semuanya dibeli oleh pedagang dari pelbagai tempat China, taraf penilaian penjual berbeza, oleh itu, ini menyediakan peluang kepada pembeli dapat membeli barangan yang sangat bernilai. Di pasar itu, terdapat ramai penggemar barang kesenian sentiasa melawat setiap gerai dan meneliti barangan dengan kanta pembesar. Ramai pengumpul barang-barang antik telah membeli barangan yang disukai oleh mereka. Encik Cui berkata: "Pasar Barang-Barang Antik Panjiayun mulai berniaga pada pukul 4:30 minit setiap pagi, ramai pelanggan berkunjung ke sana. Kami telah meningkatkan pengetahuan terhadap barang-barantg antik dan banyak barangan antik boleh dibeli di pasar tersebut".

Pasar tersebut mulai dibina pada tahun 1992. Pada ketika itu, pasar itu hanya menjual perabot, peralatan elektrik yang lama dan barang-barang yang lain. Kemudiannya, pasar itu dibangun semula dan skopnya diperluaskan. Barang-barang yang dijual di pasaran itu terdapat perabot bercorak purba, lukisan, jed, tembikar, mata wang, pakaian etnik dan lain-lain.

Kini, Pasar Barang-Barang Antik Panjiayuan yang seluas 50 ribu meter persegi telah menjadi pasar barang-barang antik yang terbesar di China dan Asia. Pasar itu mempunyai lebih 4 ribu gerai dan terdapat hampir 10 ribu penjual dan pengusaha.

Enci Cui Xinwei berkata, Peluang perdagangan yang baik dan kebudayaan yang kaya telah mendorong perkembangan pasaran tersebut. Disebabkan barangan di pasaran itu dari tempat pengeluarannya, maka harganya lebih rendah daripada harga pasaran yang lain dan perniagaannya sangat baik. Pada tahun 2003, Jumlah perniagaan pasaran itu telah melebihi 4 ratus juta yuan Renminbi.

Di pasaran itu, pelanggan dapat membeli barang-barang yang sangat bernilai dan barang-barang kraf tangan pelbagai jenis di kalangan rakyat China yang mempamerkan ciri-ciri teknologi tradisional China. Encik Wang yang berurus niaga buku dan lukisan berkata kepada wartawan: "Buku dan lukisan yang dijual oleh saya, terutamanya adalah untuk mencerminkan kebudayaan bersejarah China pada zaman silam".

Selain itu, pasar Panjiayuan tersebut telah menjadi jendela rakyat pelbagai negara dunia mengetahui kebudayaan China. Isteri dari bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, Hillary Clinton pernah membeli sebuah teko kecil yang diperbuat dari timah, putera Thailand dan perdana menteri Romania juga berkunjung ke pasar tersebut. Pasar itu menjadi destinasi pelancongan dan banyak rombongan pelancong asing sentiasa berkunjung ke sana.

Baru-baru ini, pasar itu telah mempelawa penterjemah bahasa asing untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelancong asing.

Dimaklumkan Jabatan berkenaan Bandar Beijing merancangkan untuk membangun Pasar Barang-Barang Antik Panjiayuan sebagai Pusat kebudayaan kalangan rakyat China yang melibatkan membeli-belah, industri pelancongan, riadah, kebudayaan dan perkhidmatan.

---- Wang Ling

"