Menurut Agensi Berita Xinhua China semalam, ahli sains A.S. memaklumkan dalam Sidang Tahunan Penggalakan Sains A.S. yang diadakan baru-baru ini bahawa virus SARS telah lenyap di dunia dan tidak merebak lagi antara manusia dengan binatang.
Dr. Zhong Nanshan, anggota Akademi Kejuruteraan China yang juga Pengetua Institut Penyakit Nafas Universiti Perubatan Guangdong China mencurigai keputusan tersebut dan menjelaskan, keputusan ahli sains A.S. hanya mencerminkan hasil pengajian virus dan tidak berasas dalam bidang penyakit epidemik.
Terdapat banyak keputusan pengajian membuktikan bahawa virus yang dibawa oleh rubah Guozi dan virus yang dibawa oleh penyakit SARS di Provinsi Guangdong mempunyai banyak persamaan dalam pemeriksaan peta gen. Maka jika membuat keputusan virus SARS sudah lenyap pada masa ini, ia terlalu subjektif dan akan menimbul kesalahfahaman.
Menurut laporan akhbar "Times" Britain pada 21 Februari, ahli sains A.S. berpendapat bahawa kerana virus SARS telah dikawal secara berkesan, ia sudah lenyap sampai akar-akarnya di dunia. Pada masa yang akan datang, perebakan wabak SARS tidak mungkin berlaku semula seperti yang berlaku pada tahun 2003.
Menyentuh keputusan tersebut, Dr. Zhong Nanshan bertukar-tukar pendapat dengan pakar yang berkenaan di Shanghai dan Hong Kong. Mereka memaklumkan bahawa ahli sains A.S. tersebut tidak menyebut penyimpulan yang dibuat oleh Dr. Zhong Nanshan serta rakan sekerjanya tentang "Virus yang dibawa oleh rubah Guozi bukan virus SARS".
Dr. Zhong Nanshan berpendapat bahawa SARS merupakan sejenis penyakit epidemik yang dijangkit cepat dan pengajian terhadapnya harus dilaksanakan berdasarkan pelbagai asepk keilmuan termasuk aspek penyakit epidemik, virus dan perubatan klinik. Ahli sains A.S. tersebut hanya mengadakan kajian dalam bidang virus dan tidak berdasarkan kajian dalam bidang penyakit epidemik. Keputusannya mudah menimbulkan kesalahfahaman dan menyebabkan rakyat tidak berwaspada terhadap SARS pada masa yang akan datang. Ia agak bahaya.
----AZMI
|