 Menurut berita CRI, Datuk bandar Chongqing di barat daya China Encik Wang Hongju di Beijing hari ini berkata pertumbuhan ekonomi di Chongqing telah meningkat dengan cepat sejak strategi pembangunan secara besar-besaran di kawasan barat China dilaksanakan selama 5 tahun lalu.
Wang Hongju dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China berkata, jumlah KDNK di kawasan Chongqing pada tahun lalu mencatat lebih 266 bilion yuan Renminbi, meningkat lebih 12% berbanding tahun 2003; jumlah pelaburan firma asing di bandar Chongqing sejak tahun 1997 mencatat 4.1 bilion dolar Amerika.
|