Menurut Agensi Berita Xinhua China pada 23 Februari, Pengetua Institut Kajian Tanah Tinggi Qinghai-Tibet Akademi Sains China Encik Yao Tandong memaklumkan bahawa walaupun struktur geologi puncak Qomolangma terus meningkat disebabkan gerakan kerak bumi, kerana iklim sejagat menjadi semakin panas dan pencairan gletser menjadi semakin cepat sehingga puncak Qomolangma semakin menurun.
Dalam Seminar Kajian Tanah Tinggi Qinghai-Tibet ke-4 yang diadakan pada penghujung tahun 2004, Encik Yao Tandong menganalisis bahawa berdasarkan kajian pelbagai sainstis termasuk Anggota Akademi Sains China Chen Junyong, puncak Qomolangma sentiasa menurun sejak tahun 1966.
Sejak tahun 1966 hingga tahun 1999, puncak Qomolangma menurun ke 8848.45 meter daripada 8849.75 meter, iaitu telah menurun 1.3 meter.
Encik Yao Tandong memaklumkan kepada wartawan, "puncak Qomolangma menurun begitu banyak dalam jangka masa pendek, ia tidak mungkin disebabkan gerakan kerak bumi dan hanya disebabkan pencairan gletser terhadap iklim. Sebenarnya, puncak Qomolangma menurun secara mendadak pada tahun 1992 iaitu masa yang hampir sama iklim sejagat mulai menjadi panas secara mendadak".
Puncak Qomolangma terletak di kawasan Dingri, Wilayah Autonomi Tibet China. Kawasan tersebut mengalami perubahan iklim yang ketara berbanding tempat lain dan merupakan kawasan yang paling sensitif dalam proses iklim sejagat menjadi semakin panas.
Suhu purata khususnya suhu musim sejuk di kawasan Dingri meningkat dengan ketara dalam tempoh puluhan tahun yang lalu. Berdasarkan data catatan bahawa dari tahun 1971 hingga tahun 1992, suhu purata di kawasan Dingri meningkat kira-kira 2.6 darjat Selsius. Dari tahun 1998 hingga 1999, suhu purata di kawasan tersebut meningkat kira-kira 4 darjat Selsius.
----AZMI
|