|
Menurut Harian Renminribao China, wartawan dimaklumkan dalam sidang kerja Syarikat Projek Tiga Gaung China yang diadakan di bandar Wuhan bahagian tengah China semalam. China akan memperuntukkan sebanyak 10 bilion 5 juta yuan Renminbi kepada pembangunan projek Tiga Gaung sungai Yangtze, antaranya 5.5 bilion yuan Renminbi akan diperuntukkan untuk pemindahan penduduk dari kawasan projek tersebut.
China telah memperuntukkan lebih 110 bilion yuan Renminbi untuk pembangunan projek Tiga Gaung tersebut pada tahun 1993 hingga sekarang. Projek tersebut merupakan projek empangan yang paling besar di China.
|