|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, penggal sekolah baru sudah bermula, kira-kira 100 juta orang pelajar sekolah menengah China diwajibkan untuk mengikuti kurikulum mencegah penyakit AIDS.
Berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan China, sejak tahun ini, jabatan pendidikan pelbagai peringkat akan menjamin kurikulum mencegah penyakit AIDS dimasukkan dalam jadual mata pelajaran sekolah menengah. Ini merupakan kali pertama Kementerian Pendidikan China mewajibkan kurikulum mencegah penyakit AIDS di sekolah menengah.
|