|
Menurut Harian Renminribao China, wartawan dimaklumkan oleh Kementerian Tali Air China semalam bahawa sektor sumber air dan tali air merupakan tumpuan peruntukan China tahun ini, kerajaan China akan memperuntukkan 27 bilion Yuan RMB dalam sektor tersebut.
Difahamkan, tumpuan utama dalam sektor sumber air dan tali air China pada tahun ini ialah mempercepat pembinaan projek perbekalan air minuman, menyelesaikan masalah kesukaran penggunaan air minuman di kawasan kampung, meningkatkan pembinaan projek tali air pencegahan banjir dan lain-lain.
|