"Program Pembangunan Sistem Hukuman dan Cegah Rasuah dengan Mengutamakan Pendidikan, Sistem dan Penyeliaan" diumumkan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China baru-baru ini. Dalam "Program" itu, rangka asas sistem menghukum dan mencegah amalan rasuah akan dibentuk pada tahun 2010. Para pakar berpendapat, matlamat kerajaan China meningkatkan pembangunan sistem adalah untuk menghukum dan mencegah amalan rasuah dengan lebih sistematik, dan ini menandakan usaha antirasuah mencapai kemajuan baru di China.
Dalam tempoh 55 tahun sejak Parti Komunis China memerintah, kumpulan pimpinan kerajaan pusat menumpukan perhatian terhadap pembangunan pentadbiran parti yang bersih dan usaha antirasuah, melaksanakan beberapa dasar penting dan usaha itu telah mencapai kejayaan. Pada masa ini, perkembangan pembaharuan China berada pada masa yang penting, usaha antirasuah menghadapi situasi yang baru, masalah-masalah seperti sistem, mekanisme dan cara kerja antirasuah tidak selaras dengan situasi baru tetap wujud. Sehubungan dengan itu, membangunkan dan menyempurnakan sistem menghukum dan mencegah amalan rasuah amat penting bagi Parti Komunis China.
Profesor Madya Ren Jianming dari Pejabat Penyelidikan Pentadbiran Bersih Institusi Pengurusan Awam Universiti Tsinghua semasa diwawancara oleh wartawan radio kami menyatakan, kerajaan China mengemukakan pembentukan sistem menghukum dan mencegah amalan rasuah yang mengutamakan pendidikan, sistem dan penyeliaan adalah untuk meningkatkan pembangunan usaha antirasuah dan pentadbiran yang bersih agar usaha itu lebih sistematik. Beliau berpendapat, ini mencerminkan matlamat strategik usaha antirasuah China disusun semula. Beliau berkata,
"Pada masa dahulu, usaha antirasuah yang kami laksanakan tidak sistematik, matlamat kami adalah untuk mencegah perkembangan gejala amalan rasuah. Sekarang, setelah sistem pencegahan rasuah dibentuk, kami berhasrat membangunkan China sebagai negara yang melaksanakan pentadbiran bersih."
Dalam "Program" itu dikemukakan rancangan terperinci terhadap pembangunan sistem antirasuah di China, pada satu pihak, untuk meningkatkan taraf sistematik dan kawalan undang-undang dalam usaha antirasuah agar kerja itu dilaksanakan di sisi undang-undang; pada pihak lain pula, untuk mendorong pembaharuan dan inovasi sistem pencegahan dan menangani amalan rasuah, meningkatkan fungsi sistem tersebut. Encik Ren Jianming menyatakan,
"Kami menumpukan perhatian terhadap pembangunan sistem menghukum dan menangani rasuah. Dalam "Program" itu, beberapa sistem dijelaskan dengan terperinci, misalnya, bagaimana memainkan peranan secara berkesan sistem penyeliaan dan sekatan terhadap kuasa untuk membanteras rasuah, meningkatkan kerjasama pelbagai jabatan kerajaan untuk melaksanakan tugas antirasuah, meningkatkan kerjasama kehakiman antara China dengan negara lain untuk membanteras rasuah."
Dalam "Program" itu, dikemukakan matlamat pembentukan rangka asas sistem menghukum dan mencegah rasuah pada tahun 2010. Encik Ren Jianming menyatakan keyakinan bahawa kerajaan China pasti akan mewujudkan matlamat membangunkan negara dan kerajaan yang bersih daripada rasuah. Beliau berkata,
"Dalam "Program" itu dikemukakan pembentukan sistem menghukum dan mencegah rasuah pada tahun 2010. Saya yakin matlamat membangunkan China sebagai negara yang bersih daripada rasuah pasti dapat diwujudkan."
----Ching
|