Wartawan CRI dimaklumkan oleh Sekretariat China-ASEAN bahawa urusan mengundang pedagang Ekspo China-ASEAN Kedua sudah dimulakan baru-baru ini. Bilangan pedagang yang akan diundang kali ini lebih besar berbanding Eskpo pertama.
Dimaklumkan bahawa terdapat lima bahagian pameran dalam Ekspo China-ASEAN Kedua iaitu tema negara, perdagangan komoditi, pelaburan, pelancongan dan pembangunan sumber manusia. Jumlah gerai di ekspo tersebut akan bertambah kepada lebih 3000 buah.
|