Wartawan CRI melaporkan, dalam Sidang ke-14 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 China yang ditutup hari ini, "Undang-undang Sumber Tenaga yang Boleh Dikitar Semula" dan "Ketetapan tentang Masalah Pengawalan Penilaian Kehakiman" telah dikemukakan. Selain itu, agenda Sidang Ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 China yang akan dirasmikan pada awal bulan depan juga akan ditetapkan dalam sidang hari ini.
Sidang tersebut telah menyelesaikan pindaan terhadap Undang-undang Jenayah untuk meningkatkan hukuman terhadap jenayah dengan menggunakan kad kredit palsu, meluluskan "Konvensyen tentang Menstandardkan Sebahagian Ketetapan Pengangkutan Udara Antarabangsa" dan "Konvensyen Hak Istimewa dan Kekebalan Pertubuhan Kerjasama Shanghai".
|