Menurut CCTV, Presiden China, Hu Jintao telah ditemui Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Beijing hari ini. Hu Jintao menyatakan, China bersedia bersama-sama Malaysia, mempererat kerja strategik kedua-dua negara dan meningkatkan hubungan dua hala.
Hu Jintao dalam pertemuan itu berkata, pertukaran dan perdagangan dua hala China-Malaysia berkembang pesat, hubungan China-Malaysia berada pada peringkat terbaik dalam sejarah kini. Beliau juga menyanjung tinggi Malaysia mempertahankan dasar Satu China.
Tuanku Syed Sirajuddin berharap agar Malaysia dan China terus memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pengangkutan awam, pelancongan, sumber tenaga dan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa Malaysia akan terus mengamalkan dasar satu China.
|