Naib Ketua Pengarah Biro Ekonomi Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Tang Yi baru-baru ini menyatakan di Beijing bahawa petani Taiwan adalah saudara kami, kami mengalu-alukan pengusaha pertanian Taiwan mengembangkan perusahaan mereka di Tanah Besar, kami bersedia menyediakan peluang kepada mereka.
Serentak itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk menjalankan rundingan dengan tokoh berkenaan pihak Taiwan tentang meningkatkan kerjasama sektor pertanian kedua-dua pantai Selat Taiwan dan menambah penjualan hasil pertanian Taiwan di Tanah Besar.
Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China baru-baru ini, encik Tang Yi berkata bahawa Taiwan sebagai satu kawasan tarif yang khas di China menganggotai WTO, sektor pertanian Taiwan telah menghadapi tekanan besar daripada saingan luar yang besar, penjualan hasil pertanian terutamanya penjualan buah-buahan di pasaran menghadapi kesukaran besar, maka, semakin ramai ahli sektor pertanian dan perdagangan Taiwan mengharapkan Tanah Besar membantu Taiwan menyelesaikan masalah penjualan hasil pertanian. Tanah Besar amat mementingkan masalah itu, pada November tahun 2004, Delegasi Pertanian Taiwan yang terdiri daripada petugas pertanian provinsi pelbagai kota dan kaunti Taiwan telah melawat Tanah Besar, kedua-dua pihak telah membincangkan masalah penjualan hasil pertanian Taiwan di Tanah Besar dan telah mencapai hasil yang positif. Pada 28 Januari tahun 2005, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Jia Qinglin dalam ucapannya di Sidang Peringatan Ulang Tahun ke-10 Ucapan Jiang Zemin Tentang Isu Taiwan menyatakan bahawa kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang diperhatikan oleh saudara Taiwan termasuk masalah penjualan hasil pertanian Taiwan di Tanah Besar.
Encik Tang Yi menyatakan, kami akan mengundang petugas persatuan pertanian provinsi dan pelbagai kota dan kaunti Taiwan melawat Tanah Besar pada penghujung Mac dan awal April. Kami juga bersedia menghantar delegasi ke Taiwan untuk mengkaji sektor pertanian di selatan Taiwan.
Pegawai Kementerian Pertanian China, He Ziyang berkata, kami mengalu-alukan petani Taiwan mengembangkan perusahaan mereka di Tanah Besar tidak kira perusahaan swasta atau pelbagai persatuan. Kami akan memberi bantuan dan sokongan menyeluruh kepada mereka menurut hasrat dan kelaziman petani Taiwan.
|