|
 Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan China Gu Chaoxi memaklumkan semalam bahawa beliau berharap kedua-dua pantai Selat Taiwan terus meningkatkan kerjasama pelancongan agar dapat memberi sumbangan mendorong kedua-dua pantai Selat Taiwan secepat mungkin mewujudkan penyatuan semula tanah air.

Dalam Sidang Sektor Pelancongan Kedua-dua Pantai Selat ke-8 yang diadakan di Xiamen, bandar bahagian selatan China, Gu Chaoxi berkata bahawa pelancongan sentiasa berfungsi sebagai saluran utama dalam pertukaran kedua-dua pantai Selat.

Pada tahun 2004, setelah disahkan oleh Dewan Negara China, penduduk Provinsi Fujian China boleh melancong ke Jinmen yang merupakan kemajuan baru dalam pertukaran kedua-dua pantai Selat.
|