Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-28 10:13:29    
Semakin Ramai Pelajar China Kembali ke Tanah Air

Agensi Berita China

Menurut Agensi Berita China, Kementerian Pendidikan China semalam telah memaklumkan statistik tentang keadaan pelajar China yang belajar di luar negara pada tahun 2004. Statistik tersebut menunjukkan bahawa berbanding tahun 2003, pelajar China yang belajar di luar negara berkurangan dan semakin ramai pelajar China kembali ke tanah air.

Pada tahun 2004, pelajar China yang belajar di luar negara berjumlah lebih 110 ribu orang iaitu berkurangan 2.2% berbanding tahun 2003; pelajar China yang kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajian di luar negara berjumlah lebih 25 ribu orang iaitu meningkat lebih 20% berbanding tahun 2003.