Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-28 13:09:48    
Tuduojiayang Menjadi 'Tauke Zanba' daripada Hamba Petani

Agensi Berita Xinhua China

Wartawan Agensi Berita Xinhua China melaporkan di Lhasa Wilayah Autonomi Tibet China baru-baru ini, Encik Tuduojiayang, petani Kampung Gachong Mukim Gurong Kaunti Dolongdeqen Wilayah Autonomi Tibet China merupakan tokoh legenda. Pada masa dahulu, beliau seorang hamba petani, dan pada masa ini, beliau telah menjadi seorang 'tauke Zanba' yang mempunyai hampir 10 buah kedai dan seramai seratus orang pekerja. Pendapatan tahunannya mencapai lebih 700 ribu Yuan RMB. Dalam tempoh 55 tahun lalu, Tuduojiayang mencapai banyak kejayaan.

Kedai utama Chuba yang dimiliki Tuduojiayang terletak di jalan Kuil Xiaozhao, bandar Lhasa. Beliau selalu berpakaian suit, bertopi dan berkasut kulit dan kelihatan cergas dan bijak.

Zanba ialah sejenis makanan yang dibuat daripada barli dan merupakan makanan utama bagi etnik Tibet dalam jangka masa panjang pada masa yang lalu. Zanba yang dihasilkan di kampung halaman Shiduijiayang—Mukim Gurong mempunyai reputasi tinggi di Tibet. Khususnya Zanba yang terkupas kulit itu dihasilkan di Kampung Bare dan Kampung Langzi di Mukim Gorong sentiasa diserahkan kepada pegawai dan sami peringkat tinggi di Tibet pada masa dahulu.

Tetapi pekerja yang menghasilkan Zanba tidak dapat menikmati makanan yang sedap itu. Dalam ingatan Tuduojiayang, beliau tidak pernah makan kenyang sewaktu kecil dan sama sekali tidak pernah mengecapi kenikmatan Zanba. Pada masa sebelum pembaharuan demokratik dilaksanakan di Tibet, kehidupan beberapa generasi keluarga beliau bergantung kepada pertanian. Pada masa itu, pemilik hamba petani feudal yang menduduki 5% jumlah keseluruhan penduduk Tibet mempunyai 95% harta benda dalam seluruh masyarakat.

Pada tahun 1959, pembaharuan demokratik dilaksanakan di Tibet. Pada masa itu, Tuduojiayang berumur 11 tahun dan beliau berasa sangat gembira sehingga sukar dilupakan. Ayahnya menempel gambar mendiang Pengerusi Mao Zedong pada papan kayu yang tertulis namanya di ladang yang dimiliki oleh pemilik hamba petani pada masa dahulu.

Pada Jun 1961, para hamba petani di beberapa kampung di Mukim Gurong mengadakan sidang dan melalui pengundian telah menubuhkan kerajaan peringkat mukim pertama dalam sejarah.

Pada masa 2 tahun kemudian, Tuduojiayang merupakan pelajar kumpulan pertama di Kampung Gachong mempelajari bahasa Tibet, akautan dan lain-lain.

Pada tahun 1980-an, kerajaan Tibet melaksanakan 2 dasar yang tidak diubah dalam jangka masa panjang iaitu "Tanah dimiliki oleh setiap keluarga boleh diurusniaga oleh pihak swasta" serta "Penternakan". Dengan demikian, petani dan penggembala Tibet giat mengusahakan pertanian dan penternakan sehingga mencapai kejayaan besar.

Pada tahun 1992, kerajaan Mukim Gurong menubuhkan "Syarikat Zanba Bare Gurong" dan Tuduojiayang dilantik sebagai Pengurus Besar kerana beliau pandai berniaga dan mahir dalam bidang pengurusan.

Syarikat tersebut bertanggungjawab membeli bahan mentah dari keluarga petani memproseskan Zanba, tidak lama kemudian, Zanba merupakan industri utama di Mukim Gurong dan jumlah keluarga petani yang menghasilkan Zanba meningkat ke lebih 420 buah daripada lebih 40 buah. Jumlah penjualan Zanba meningkat kepada lebih 350 ribu kilogram pada tahun 2001 daripada 100 ribu kilogram pada tahun 1992. Keluarga petani yang menghasilkan Zanba memperoleh pendapatan purata kira-kira 20 ribu Yuan RMB setiap tahun.

Tuduojiayang yang cerdas sentiasa memastikan masa depan perkembangan pasaran Zanba. Pada tahun 1993, beliau meminjam wang sebanyak lebih 50 ribu Yuan RMB untuk membuka kedai Zanba pertama di bandar Lhasa Tibet dan segera berada di pasaran.

Pada masa ini, Tuduojiayang telah mempunyai sebuah kilang pemprosesan Zanba dan 6 kedai Zanba yang terletak di 6 bandar termasuk Xigaze, Shannan dan Linzhi. Jumlah penjualan tahunan mencapai kira-kira 700 ratus kilogram, pendapatan tahunannya sebanyak lebih 700 ratus Yuan RMB dan menjadi "Tauke Zanba" yang terkenal.

----AZMI