Menurut berita CRI, Jabatan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing China memaklumkan hari ini bahawa China akan beransur-ansur menubuhkan dan menyempurnakan mekanisme pasaran dan sistem kawalan untuk menyelaraskan pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa agar dapat menggalakkan ekonomi dalam dan luar negara berkembang dengan seimbang.

Dalam sidang kerja kebangsaan tentang pertukaran wang asing 2005 yang diadakan baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing China Guo Shuqing memaklumkan bahawa pada tahun ini, China akan menumpukan perhatian terhadap pembaharuan sistem pertukaran wang asing, mengurangkan prosedur pengesahan di sisi pentadbiran dan memudahkan perdagangan serta pelaburan.

Selain itu, China juga akan mendorong proses pertukaran RMB dengan nilai stabil, menambah pilihan dan cara perdagangan dalam pasaran wang asing dan menyempurnakan mekanisme penetapan kadar pertukaran RMB.

|